Isu Semasa

Damailah kamu di sana duhai TMI- Muammar Qaddafi

rip-tmi

Setelah lebih 8 tahun portal berita alternatif rakyat Malaysia, The Malaysian Insider (TMI) beroperasi menyampaikan maklumat dan berita yang sukar diperoleh di media massa, Editor TMI, Jahabar Saqid mengumumkan bahawa mereka akan menutup portal dwi bahasa itu pada malam semalam kerana faktor kewangan.

TMI yang beroperasi sejak 2008 telah bertindak sebagai media alternatif dan menyalurkan maklumat pantas isu-isu semasa dalam negara dan turut menyiarkan tulisan tulisan berkaitan isu dalam negara.

Penutupan TMI tentu sekali akan menjejaskan sumber maklumat rakyat kerana TMI telahpun “establish” sebagai sebuah portal yang menjadi rujukan para pembaca yang mencari maklumat lebih meluas dan terbuka tentang isu-isu dalam negara.

Ura-ura penutupan TMI telahpun menjadi bualan para penulis apabila pihak TMI mengiklankan portal mereka untuk dijual beberapa bulan lalu, Sekatan kerajaan Malaysia kepada TMI bulan lalu sekaligus terus menjejaskan trafik TMI yang saya fikir menyebabkan pengumuman drastik penutupan TMI dibuat pada hari semalam.

Namun ikrar editor TMI dalam pengumuman penutupan portal politik ini wajar dicontohi para penulis dan pengerak media bebas bahawa kita sama sekali tidak akan berhenti menyampaikan maklumat kepada rakyat sekalipun mendapat sekatan dari kerajaan mahupun portal terpaksa ditutup sekalipun.

Mendapatkan maklumat yang terbuka adalah hak setiap rakyat. Oleh yang demikian, para penulis dan pengamal media bebas menjadi kunci utama hak rakyat ini dipenuhi setelah kerajaan bertindak menghadkan maklumat dan berita yang tidak cenderung kepada parti pemerintah disebarkan di media media arus perdana.

Sejajar dengan itu, walaupun pada hari semalam adalah hari terakhir TMI dapat diakses di internet, maka menjelang 15 Mac 2016 sebuah portal baru yang turut merangkumi berita-berita dalam negara dan isu semasa telah pun dilancarkan bagi menampung kelompangan setelah TMI mengakhiri khidmat mereka kepada rakyat Malaysia.

Maka akhir rencana, terima kasih buat TMI atas khidmat para petugasnya yang menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia

Selamat tinggal TMI. Dan selamat datang Jalur Gemilang!

Most Popular

To Top