Politik

Khurafat Politik Melayu, Siri 1 -Nazri Noor & Jufazli Shi Ahmad

Pengundi Melayu umumnya sering dalam dilema. Kebanyakan mereka sering tersepit di antara gesaan ingin ‘menyahkan’ UMNO-BN, atau berdepan dengan risiko kedudukan dominasi Melayu-Islam akan terhakis jika UMNO-BN lemah atau tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Saban hari, orang Melayu sering diwiridkan dengan segala macam khurafat politik. Antara wirid kegemaran yang sering dipaparkan dimuka akhbar dan kaca televisyen ialah, “Jika Pembangkang kuat, suara dan hak Melayu dan Islam akan tergugat”.

Gambar dari FreeMalaysiaToday

Gambar dari FreeMalaysiaToday

Rencana ini cuba merungkai polemik ini dan cuba membuktikan bahawa khurafat sedemikian adalah mengarut dan melencong. Malah cuba dibuktikan di sini bahawa fenomena yang sebaliknya akan berlaku dalam scenario jika UMNO-BN kecundang pada PRU ke-14.

Trend 7 musim Pilihan Raya Umum, peratusan ahli Parlimen Muslim di Dewan Rakyat yang semakin bertambah.
Pusat kajian STRATA Centre telah memperincikan data untuk 7 musim pilihan raya dari Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1986 sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2013. Kajian tersebut bertujuan untuk mengkaji hubungkait (korelasi) antara jumlah peratusan kerusi yang dimenangi oleh UMNO-Barisan Nasional (BN), berbanding jumlah peratusan kerusi ahli Parlimen muslim (Melayu-Muslim/Bumiputera-Muslim Sabah & Sarawak) yang telah mengisi Dewan Rakyat.

Hasil kajian boleh diringkaskan dan digambarkan secara grafik mudah seperti berikut;

Graf korelasi kerusi UMNO/BN vs suara Islam di Dewan Rakyat. Garisan biru pekat untuk jumlah kerusi UMNO/BN dan garisan oren untuk jumlah kerusi wakil rakyat Muslim.

Graf korelasi kerusi UMNO/BN vs suara Islam di Dewan Rakyat. Garisan biru pekat untuk jumlah kerusi UMNO/BN dan garisan oren untuk jumlah kerusi wakil rakyat Muslim.

Grafik di atas boleh memahamkan kita kepada beberapa rumusan bahawa;
1. Untuk 5 musim Pilihan Raya Umum (PRU 1986 sehingga PRU 2004), peratusan wakil rakyat muslim (garisan warna oren) sentiasa kekal di bawah paras 60 peratus dengan purata 56.2 peratus.

2. Bagi tempoh tersebut, UMNO-BN sememangnya memang diiktiraf parti yang cukup kuat dan dominan, dengan purata dominasi kerusi di parlimen tidak kurang dari 80 peratus (garisan warna biru pekat).

3. PRU pada tahun 2004 menyaksikan ‘fenomena Pak lah’ yang mana UMNO-BN membolot 90 peratus dari kerusi Parlimen. UMNO-BN mencapai lompatan 14 peratus tambahan kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, jumlah wakil rakyat muslim masih berada di tahap 57 peratus sahaja. Hal ini menunjukkan tidak ada peningkatan peratusan ahli Parlimen muslim yang memenangi PRU 2004 berbanding PRU tahun 1999. Penambahan ketara kerusi UMNO-BN di dalam Dewan Rakyat tidak membawa apa-apa perubahan kepada peratusan kemenangan kerusi wakil rakyat dan suara muslim pada tahun 2004.

Gambar dari easycomeseasygoes.blogspot.my

4. Umumnya mengetahui, sejak sekian lama, UMNO-BN mendapat sokongan padu dari pengundi Cina dan pengundi India di Malaysia. Sejak sekian lama, isu ketuanan melayu dan polemik hilang atau kurangnya suara wakil rakyat melayu tidak pernah dijadikan bahan wirid. Namun, tsunami pengundi Cina (dan India) yang bermula pada tahun 2007 telah merubah keadaan. Pengundi majoriti daripada kaum Cina dan India tidak lagi memihak kepada UMNO-BN. Buat pertama kali dalam sejarah, UMNO-BN sedar bahawa mereka tidak lagi mampu mengharapkan undi China dan India sebagai fixed deposit untuk memenangkan mereka.

Tsunami-Cina-Cover_
5. Natijahnya, UMNO-BN telah diberi satu kejutan politik pada PRU tahun 2008. Jumlah kemenangan kerusi UMNO-BN telah menjunam secara drastik ke paras bawah 63 peratus. Ironinya, buat pertama kali dalam sejarah, bilangan wakil rakyat muslim telah melepasi tahap 60 peratus. Kejatuhan ketara peratus kerusi UMNO-BN di parlimen telah melonjakkan bilangan wakil rakyat muslim kepada 134 orang.

6. Fenomena yang sama berkekalan untuk PRU yang diadakan pada tahun 2013, di bawah kerusi UMNO-BN terus menjunam ke paras 60 peratus, manakala bilangan wakil rakyat muslim kekal melebihi paras 60 peratus. Bilangan wakil rakyat muslim terus meningkat kepada 136 orang. Tidak dapat dinafikan, perbezaan dan jurang bilangan wakil rakyat UMNO-BN berbanding wakil rakyat Pakatan Rakyat ketika itu ialah 97:39. UMNO-BN masih dikira mendominasi aspek perwakilan wakil rakyat muslim di dalam dewan rakyat sehingga hari ini.

Gambar dari bantahdatumjelatek.wordpress.com

Gambar dari bantahdatumjelatek.wordpress.com

7. Dapatan data juga membuktikan bahawa kemenangan calon Pakatan Rakyat di tujuh kawasan Parlimen iaitu di Parlimen Pandan, Parlimen Kota Raja, Parlimen Bandar Tun Razak, Parlimen Lumut, Parlimen Raub, Parlimen Telok Kemang dan Parlimen Bukit Bendera telah membantu melonjakkan bilangan wakil rakyat muslim dari pakatan pembangkang di Dewan Rakyat. Bayangkan, jika senario 7 kerusi tersebut tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi sebaliknya di menangi oleh UMNO-BN, suara wakil rakyat muslim cuma seramai 129 orang. 129 orang diterjemahkan kepada 58 peratus, tahap yang sama sebelum PRU2008 yang menjadi status-quo dizaman UMNO-BN mendominasi politik Negara, terutama di era 1986 hingga 2008 seperti yang di sebut di atas. Bermaksud, menangnya Pakatan Rakyat telah membantu melonjakkan suara wakil rakyat muslim, tetapi sebaliknya, menangnya UMNO-BN telah membantut pertumbuhan suara wakil rakyat muslim.

Most Popular

To Top