Politik

Deklarasi Rakyat 2016, déjà vu Gagasan Rakyat 1990? siri 2 -Hamdi Ibrahim

djvii

Deklarasi Rakyat tahun 2016 adalah déjà vu!

Dalam artikel yang lepas telah membincangkan 3 jenis déjà vu yang dialami dalam senario politik negara. Namun dalam senario terkini, ramai yang beranggapan bahawa kesepakatan dalam Deklarasi Rakyat hanya buat seketika iaitu untuk menyingkirkan Najib. Setelah itu, skrip pada tahun 2009, Najib orang Mahathir mengganti Pak Lah akan berulang kembali. Benar. Boleh jadi ianya hanya seketika. Akan tetapi, suasana seperti ini sangat perlu dan sangat berbaloi bagi iklim politik negara, walaupun mereka hanya berpakat seketika.

Dan ini membuktikan prinsip “Politik adalah seni untuk segala kemungkinan” oleh Otto von Bismarck terjadi dalam konteks yang positif dalam negara kita. Hal ini Kerana, walaupun mereka dahulu seteru kuat dalam politik, dan ada yang menjadi ‘mangsa politik’ kepada yang lain. Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Hishamudin Rais, Mahfudz Omar yang pernah menjadi tahanan ISA ketika Mahathir berkuasa, dan Mahathir dianggap zalim dan Mahafiraun oleh sebahagian mereka, itu adalah kisah lampau. Anwar misalnya, walaupun pernah dipenjara ketika era Mahathir, beliau mengalu-alukan sokongan yang dibuat bekas ayah dan ibu angkatnya (Mahathir dan Hasmah) ke Bersih 4.0. Mereka juga sempat berkirim salam ketika Mahathir hadir bersama 57 pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia.

Apa kata Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang pula, apabila ditanya wartawan tentang Mahathir, berkata beliau tidak pernah benci dengan Mahathir.Anda boleh menilai secara negatif dan prasangka buruk terhadap mereka. Namun, akal yang waras dan fikiran yang matang melihat skenario ini adalah realisasi dari prinsip yang disebut di awal artikel ini.

Para politikus kita rupa-rupanya masih ada kekuatan membuang ego masing-masing.Para politikus yang kita selalu anggap gila kuasa ini, punya ‘the same difference’ untuk menuntut Malaysia diselamatkan. Jika mereka dapat fokus kepada isu utama negara dan mementingkan hasil yang baik demi negara walaupun terpaksa lupakan perseteruan politik mereka, bagaimana pula dengan kita yang selama ini hanyalah penepuk tangan dan tukang sorak bagi perkelahian mereka?

Samakah Gagasan Rakyat 1990 dengan Deklarasi Rakyat 2016?

Walaupun ada persamaan antara Gagasan Rakyat 1990 dahulu dengan Deklarasi Rakyat 2016 dalam hal de facto leader yang menjadi pemersatu kedua-dua gerakan ini. Ku Li pada waktu itu juga bukan calang-calang pemimpin. Beliau adalah Perdagangan dan Industri (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas. Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) oleh Tun Abdul Razak. Sama juga dengan Mahathir, PM ke-4 yang digelar Bapa Pembangunan negara.

Apa berbezaan antara Gagasan Rakyat & Deklarasi Rakyat?

  1. Visi, misi dan hala tuju.  Kalau dulu, Gagasan Rakyat yang diterajui oleh Ku Li diasaskan pada 1990 semata-mata untuk menghadapi PRU ke-8. Ketika berlaku konflik ideologi, dan berlaku penyertaan semula pemimpin Semangat 46, maka berakhirlah kisah Gagasan Rakyat.
  2. Krisis yang berlaku dalam negara seperti kenaikan kos sara hidup rakyat, para hutang negara yang tertinggi dan membimbangkan, pertumbuhan ekonomi perlahan, beban subdisi kerajaan yang tinggi, belanjawan defisit sejak 1998, skandal 1MDB dan berbagai lagi penyelewengan pada hari ini menjadikan desakan supaya Najib berundur bukan lagi masalah dalaman UMNO-BN, tapi ianya adalah masalah negara.

Hanya satu titik persamaan dalam dua titik sejarah tersebut!

Ada satu persamaan dalam kedua titik sejarah ini. Iaitu penglibatan PAS (Parti Islam Semalaysia). PAS sebagai Islamist tertua di negara kita, melalui liku-liku perjuangan politik yang panjang. Pengalaman mereka boleh dikatakan model yang baik bagi dunia Islam. Pendirian mereka masih istiqomah dengan pendekatan mereka. ketika terbentuknya Gagasan Rakyat 1990 untuk hadapi PRU ke-8 mereka tidak bersama Gagasan Rakyat, dan menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah. Selain pendekatan politik mereka pada zaman itu belum ada kerjasama politik dengan bukan Islam, antara sebab lain adalah mungkin kerana faktor masalah tidak mahu melatah dalam masalah dalaman UMNO: Ku Li vs Mahathir.

Namun, yang menjadi tanda tanya adalah, jika Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia untuk mendesak Najib berundur adalah secara murni atas dasar kepentingan Malaysia, kenapa PAS masih tidak berminat bersama gerakan Selamatkan Malaysia ini?

Ikuti artikel saya selanjutnya bertajuk Strategi Politik PAS menangi PRU ke-14: Sasaran Tuan Guru Haji Hadi tidak mengena?

Most Popular

To Top