Pendidikan

Mengapa Penyelidik ini Berpendapat DLP Wajar Dilaksanakan? -Radin Hakim

ppsmi

Saya merupakan pelajar kumpulan kedua yang mempelajari subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Dari tingkatan 1 sehingga ke peringkat universiti, semua subjek berkaitan sains dan matematik dipelajari dalam bahasa Inggeris.

PPSMI telah mulai di gunakan di sekolah rendah dan menengah pada tahun 2003 sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dahulu sebagai langkah mempersiapkan sumber tenaga manusia untuk menuju ke arah negara maju dan dalam menghadapi era globalisasi namun kini ia telah dimansuhkan. Kini program Dual Language Programme telah berperanan mengajar subjek-subjek tertentu dala bahasa Inggeris.

“Saya merupakan pelajar kumpulan kedua yang mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dari tingkatan 1 sehingga ke peringkat universiti, semua subjek berkaitan Sains dan Matematik dipelajari dalam bahasa Inggeris.”

Jepun dan negara-negara Eropah mampu maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, mengapa bahasa melayu tidak mampu mencapai matlamat yang sama!

Aktivis bahasa menggunakan hujah “Jepun dan negara-negara Eropah mampu maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka, mengapa bahasa Melayu tidak mampu mencapai matlamat yang sama? Benar, dalam lubuk hati sanubari, saya mencemburui negara-negara tersebut yang menggunakan bahasa ibunda sebagai pengantara dalam subjek sains dan matematik. Tetapi perbezaan pencapaian mereka dalam sektor sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) amat jauh kehadapan berbanding Malaysia.

Keperluan

Saya merupakan pasca-siswazah di universiti tempatan, dalam tempoh pengajian saya, saya banyak mengembara ke negara-negara luar untuk berkongsi hasil kajian. Teknologi dan fasiliti yang terdapat di tempat mereka sangat moden dan melengkapi satu sama lain.

Dengan kelengkapan yang mencukupi sedia ada, mereka mampu membuat kajian dan menghasilkan data dan produk dari fasiliti tersebut. Mereka tidak perlu berhubung atau mengharapkan fasiliti dari negara luar untuk membuat kajian yang sama.

Berbeza dengan Malaysia, kemudahan fasiliti dan kelengkapan kajian dalam sektor STEM di pusat-pusat pengajian universiti awam masih tidak melengkapi satu sama lain. Ada beberapa sektor yang mengikut perkembangan tersebut, tetapi majoriti sektor STEM di universiti awam masih lagi ketinggalan, kebanyakan data dan kajian dalam sektor terkini dan maju terpaksa diambil atau dilakukan di negara-negara luar atas sebab kekurangan kelengkapan dan fasiliti sedia ada. Di sini, bahasa perhubungan dan pengantaraan sangat penting.

Istilah sains dan matematik di antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu banyak perbezaan dari sudut struktur dan ejaan. Menukarkan istilah STEM dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain bukan semudah penterjemahan terus. Tetapi struktur ayat dan penerangan juga amat berbeza jauh sekali.

Bahasa Pengantaraan

Kita seharusnya melihat pada realiti dan permintaan dunia masa kini, para saintis dari Jepun dan Eropah sudah mula menguasai dan mementingkan bahasa Inggeris untuk memudahkan perkongsian kajian dilakukan. Bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pengantaraan dalam sektor sains dan matematik di peringkat globalisasi, malah banyak buku-buku terbitan baru yang mengikut arus perkembangan sektor tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Menguasai bahasa Inggeris bermakna dalam menguasai dan mengikuti perkembangan sektor STEM ini.

Konklusinya, DLP merupakan program yang wajar dan perlu.

Penulis merupakan pengkaji dalam bidang kajian tenaga baharu dan tenaga tinggi fizik.

Most Popular

To Top