Agama

Sempena Final Kilauan Emas – Jailani Mohd Yusoff

Gambar dari astrogempak.com.my

Kilauan Emas Otai 2016 akan melabuhkan tirai pada malam ini. Selama 7 minggu 15 otai membuat persembahan dengan pelbagai gaya dan lagu bagi memikat rakyat agar mengundi mereka bagi memastikan otai dapat terus beraksi sehingga final.

Syabas dan tahniah kepada 15 peserta melayu muslim yang terpilih untuk beraksi di Kilauan Emas Otai 2016 dan 4 peserta yang akan beraksi pada malam ini. Islam tidak melarang untuk berhibur dalam kerangka yang dibenarkan.

Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:
“Rasulullah sallallahu alaihi wasallam datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”
(Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak melarang hiburan. Sekiranya hiburan itu haram secara mutlak sudah pasti Rasulullah S.A.W akan melarang nyanyian dalam majlis tersebut. Namun apa yang berlaku Rasulullah S.A.W hanya meminta diubah lirik lagu tersebut di bahagian “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok” kerana Rasulullah S.A.W tidak akan mengetahui apa yang berlaku pada masa mendatang sekiranya Allah tidak mengkhabarkan kepada Rasulullah S.A.W

.
Rakyat semakin penat. Peningkatan kos sara hidup dan cabaran kerjaya menyesakkan dada rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai kaedah dan langkah telah kerajaan Malaysia perkenalkan namun turun naik ekonomi dunia turut memainkan peranan dalam menentukan ekonomi Malaysia. Rakyat terpaksa survive dengan pelbagai cara untuk memastikan kelangsungan hidup di Malaysia. Waktu bekerja bukan sekadar siang tetapi bertambah ke malam. Cadangan rakyat Malaysia melakukan 2 atau 3 kerja di sambut baik. Natijahnya rakyat penat dan tidak sempat menuntut ilmu. Bagi mengubati kepenatan seharian maka pilihan mudah adalah hiburan dan ketawa. Maka berlumba-lumba stesen television mengeluarkan rancangan yang membolehkan rakyat bergelak ketawa. Pelawak-pelawak serta penghibur dibayar dengan begitu mahal semahal bayaran perubatan merawat kanser tahap 4 kerana di sisi stesen television pelawak dan penghibur ini adalah doktor yang merawat penyakit.

Gambar dari astrogempak.com.my

Gambar dari astrogempak.com.my

Agak sukar untuk Malaysia mencapai tahap generasi Ulul Albab iaitu generasi yang mempunyai akal yang waras sekiranya hiburan mendahului segalanya. Generasi Ulul Albab merupakan satu generasi yang mementingkan nilai keilmuan dan akal fikiran yang sempurna seperti mana yang Allah sebut di dalam Al-Quran;

zumar 18

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Surah Az-Zumar : 18

Pembentukan generasi Ulul Albab bermula dengan proses mendengar ilmu dari pelbagai sumber. Ilmu itu disaring dengan akal yang sihat dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Allah menerangkan proses ini supaya setiap dari kita sedaya upaya menjadi generasi Ulul Albab terbentuk. Namun perbahasan ilmu sangat sedikit. Hiburan dan lawak terlalu mendominasi sehingga agama turut terpaut dengan hiburan. Untuk menuntut ilmu masyarakat telah penat. Apa yang boleh mereka lakukan untuk melepaskan lelah penat adalah dengan mencari hiburan sama ada dalam bentuk kontemporari dan berbentuk Islam.

580677_517193331644259_2007630516_n

Majlis selawat perdana mula mendapat tempat. Ratusan ribu wang dibelanjakan untuk mengimport penyanyi dari luar semata-mata untuk mengubati kepenatan masyarakat. Selepas berqasidah selama 2 jam hingga 3 jam masyarakat merasa puas walaupun sebenarnya mereka tidak berbuat apa-apa dan tidak mendapat apa-apa. Itu tidak dikira pelbagai dakwaan pelik yang dibuat semata-mata untuk memastikan program selamat perdana kekal relevan. Perbahasan ilmu semakin menguncup dan slogan generasi Ulul Albab semakin dilupakan.

Bagaimana pula generasi pada masa akan datang?

Most Popular

To Top