Isu Semasa

Troll, Budaya Baru Generasi Y ? -Abdul Rahman Paiman

troll 2

Mutakhir ini kelihatan berlegar di media sosial, facebook terutamanya di page yang popular dengan budaya troll dan sarkastiknya seperti ‘Amran Fan‘ dan ‘Jadilah Seperti Rashid’ terhadap isu berkaitan seorang tokoh masyarakat, iaitu Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj yang telah menegur laras bahasa yang digunakan oleh peniaga online sewaktu berhubung dengan beliau.

Tiga bentuk teguran umum yang ringkas dan mudah untuk difahami

Pertama, agar para peniaga menggunakan bahasa yang formal dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

Kedua, agar ringan megucapkan sedikit penghargaan atau ucapan terima kasih atas kesudian bakal pelanggan untuk berurusan dengan anda.

Ketiga, agar membaca dahulu apa yang ditulis sebelum menekan butang hantar (proofread). Panduan yang dikongsikan ini amat penting serta bermanfaat untuk para peniaga dan usahawan sama ada peniaga online mahupun offline terutama apabila sesebuah perniagaan mula berkembang ke peringkat yang lebih besar.

Namun, kegagalan sesetegah pihak dalam memahami isu dan melihat sumber asal yang ingin disampaikan telah disalahertikan oleh banyak pihak terutamnya golongan netizen. Malah nasihat yang disampaikan tidak dipetik sedikitpun. Lebih memburukan lagi keadaan, page yang mempunyai ramai pengikut dilaman sosial ini mula beraksi dan memberi kecaman.

Sikap professional dan berlapang dada yang ditunjukkan oleh Dr Harlina yang juga merupakan pemenang anugerah Tokoh Siti Khadijah sempena Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2011 ini terserlah apabila beliau dengan rendah hati membuat pemohonan maaf secara terbuka serta berlapang hati memaafkan sesiapa sahaja yang berkaitan. Walaupun secara jelas, ianya merupakan salah faham dan salah laku pembaca dalam menilai mesej asal disebalik penulisan Dr Harlina sehingga memburukkan peribadi beliau dan keluarga.

Budaya troll sebegini amat mendukacitakan, apatah lagi ia berlaku keatas seorang tokoh masyarakat yang begitu banyak sumbangannya dari segi akademik, penyelidikan, khidmat masyarakat, dan penulisan. Troll membunuh nilai kesopanan, tatasusila dan perwatakan seseorang. Apatah lagi jika ia ditulis tanpa melihat kesan semasa kepada masyarakat. Budaya troll sama sekali tidak layak untuk dijadikan budaya dan ikutan ramai.

Bersetuju ataupun tidak akan saranan yang diberikan menerusi penulisan Dr Har, bukanlah satu isu atau satu bentuk kesalahan. Apa yang salah adalah, budaya kebencian, mudah menghukum dan penghinaan yang dihamburkan hanya kerana percanggahan pendapat. Sekiranya anda bersetuju, ya, sebarkan kebaikan agar lebih ramai menikmatinya. Kalau tidak bersetuju anda bebas menyatakan pendapat anda dengan bahasa yang murni. Damai.

Pesan Nabi SAW,

“Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka katakanlah hal yang baik-baik atau lebih baik diam” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Allah SWT berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…” [Al-Hujurat: 11]

Maka, budaya troll bukan budaya yang baik untuk terus diketengahkan oleh generasi Y atau generasi millennial. Malah, laras bahasa troll juga bukanlah sekadar isu jurang antara dua generasi. Sebaliknya dengan menularnya budaya troll merupakan satu penyakit masyarakat kita yang harus dirawati.

Most Popular

To Top