Politik

13 Sebab Deklarasi Rakyat Perlu Ditolak -Jufazli Shi Ahmad

j&ss

 

 

RINGKASAN DEBAT ANAK MUDA DEKLARASI RAKYAT, PERLU DITERIMA ATAU DITOLAK?

Meskipun keputusan penonton debat anak muda yang majoritinya menerima deklarasi tersebut serta menandatanganinya, hakikatnya deklarasi sedemikian harus ditolak disebabkan 14 hujah tersebut;

1. Deklarasi Rakyat merupakan satu penipuan kepada rakyat Malaysia.

2. Semasa saya dan Syed Saddiq menghadiri sesi dialog tertutup bersama dengan Mahathir Mohamad pada 6 April 2016 lalu, Mahathir Mohamad hanya bersetuju dengan satu perkara sahaja iaitu menjatuhkan Najib Razak. Prinsip lain yang dibawakan pihak lain, Mahathir tidak setuju.

3. Bila semak semula isi kandungan Deklarasi Rakyat, ternyata prinsip reformasi sistem korup dan autoritarian tidak menjadi keutamaan Deklarasi Rakyat. Ia hanya diletakkan sahaja dalam Deklarasi Rakyat. Maka, ini adalah satu penipuan besar yang bukan untuk benar-benar menyelamatkan Malaysia.

4. Deklarasi Rakyat ini adalah bertujuan untuk selamatkan UMNO-BN sahaja. Jika Deklarasi rakyat ini gagal, bagi Mahathir Mohamad, beliau akan pastikan Najib Razak kalah dalam PRU ke-14 di Parlimen Pekan. Kemudian, untuk ganti posisi Najib, ia perlu melalui pilihan raya di dalam UMNO. Di akhirnya, beliau akan pulihkan UMNO semula seperti UMNO yang dahulu.
Tun M Jufazli

5. Paling sadis, saya bertanya kepada Mahathir mengapa beliau boleh maafkan Taib Mahmud yang juga lebih korup berbanding Najib. Mahathir jawab, Taib Mahmud hanya curi duit rakyat, tetapi tidak ada skandal membunuh. Najib Razak lebih teruk daripada ini dan tidak boleh dimaafkan.

6. Jika pengasas Deklarasi Rakyat ini bersikap “double standard” dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa, maka benar ini adalah agenda penipuan baharu generasi UMNO-BN. Ini wajah sebenar Deklarasi Rakyat yang akan hancurkan generasi kita.

7. Deklarasi Rakyat ini adalah untuk kepentingan kuasa UMNO-BN baharu generasi Syed Saddiq. Syed Saddiq adalah kawan saya. Namun, tanpa beliau sedari, dia telah dipergunakan. Rakyat Malaysia menandatangani Deklarasi Rakyat bukan untuk selamatkan UMNO-BN. Kami tandatangani ia untuk selamat daripada sistem korup UMNO-BN.

8. Maka, alternatifnya selain Deklarasi Rakyat ialah pilihan raya DUN Sarawak. Masyarakat Sarawak perlu jatuhkan BN di Sarawak pada 7 Mei 2016 ini. Jika BN berjaya dijatuhkan, ia bukan sahaja boleh memastikan Najib Razak letak jawatan. Tetapi ia boleh memastikan raja korup Malaysia, Mahathir Mohamad berhenti mempergunakan rakyat untuk selamatkan kuasa BN. Formula alternatif ini jauh lebih tepat. Jatuhkan BN dahulu di Sarawak maka selepas itu Najib Razak pasti akan meletakkan jawatan. Checkmate!

9. Sekalipun ada 15 juta orang menandatangani Deklarasi Rakyat, Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tiada kuasa untuk menasihati Najib Razak untuk meletakkan jawatan. Di dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 40 menyatakan secara jelas bahawa YDPA bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet kerajaan Persekutuan.

10. Mana mungkin Raja-Raja Melayu boleh memastikan Najib Razak segera meletakkan jawatan sedangkan kabinet dan Perdana Menteri memilih seorang YDPA yang pro kepada kerajaan dan pro-Najib Razak. Artikel 43 di dalam Perlembagaan juga jelas menyatakan bahawa YDPA mempunyai kuasa yang terhad untuk mengarahkan Najib Razak letakkan jawatan hanya kerana Mahathir yang melakukan perubahan ini.

11. Maka, usaha Deklarasi Rakyat ini adalah satu utopia. Kecuali, kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan kerana Perlembagaan memberi kuasa yang tinggi kepada Perdana Menteri dan eksekutif di dalam kabinet kerajaan hasil pindaan undang-undang oleh Raja Korup Malaysia, Mahathir Mohamad.

IMG_7449

gambar: Ikram Media

12. Kita perlu tolak Deklarasi Rakyat yang dibawakan Syed Saddiq ini. Kita patut selamatkan Syed Saddiq daripada terus dipergunakan oleh UMNO-BN. Kecuali, jika Syed Saddiq sendiri rela dipergunakan hanya kerana Mahathir ialah idola beliau.

13. Tuntasnya, Deklarasi Rakyat hanya cuba mengkonstruk pemikiran kita semua bahawa ini hanya salah Najib. Sedangkan, untuk lebih 50 tahun, ia adalah salah UMNO-BN yang mencipta sistem rasuah di negara ini sehingga Sabah dan Sarawak kekal miskin dan tidak membangun. Begitu juga di Perak Kelantan dan Kedah yang berada di Semenanjung Malaysia yang masih terperangkap sebagai negeri miskin di Malaysia. Semua ini adalah kerana sistem korup yang dicipta UMNO-BN sejak merdeka lagi.

Oleh itu, mari bersama Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah dalam membongkarkan penipuan besar Deklarasi Rakyat ini. Pakatan Harapan perlu berundur daripada “pakatan Deklarasi Rakyat yang membodohkan rakyat” jika mahu selamatkan Malaysia.

#TOLAKDEKLARASIRAKYAT
.

JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH

Most Popular

To Top