Mahasiswa

7 sebab kenapa anda perlu hadir ke Minggu Orientasi UIAM – Ahmad Zahier Arbi

featureduiam

Bagi para pelajar yang bakal mendaftar ke UIAM, Gombak, terdapat 7 sebab anda perlu hadir ke orientasi UIAM, Gombak.

1) Siren pukul 5 untuk solat malam di masjid

Saya teringat ketika 2014, setiap pukul 4.30 – 5.00 am akan ada siren yang akan berbunyi di mahallah (kolej kediaman) kami, yang peliknya siren tersebut bukan untuk roll call atau mendenda tetapi untuk kejutkan kami untuk bersiap untuk solat malam dan subuh berjemaah di masjid UIAM. Beramai-ramai kami berjalan ke masjid, unik bukan ?

2) Senior yang osem

Semasa orientasi, senior tidak pernah memarahi atau tarik muka dengan saya, apa yang saya dapat mereka belanja makan, bawa pergi klinik dan bawa saya pergi beli barang keperluan. Perkara  paling menarik ketika hujung minggu mereka akan membawa saya mandi sungai dan mendaki bukit.

3) Malam kebudayaan

Aktiviti yang saya rasa mempromosikan pertukaran budaya, pelajar di jemput untuk membuat persembahaan atau sekadar menjadi penonton di malam terakhir orientasi UIAM, di sini lah saya melihat tarian dari beberapa negara seperti Palestin, Bangladesh dan banyak lagi. Persembahan pelajar Malaysia seperti puisi turut di persembahkan juga. Dan ini sangat menarik!

4) Kata ganti diri Sister Brother

Masa awal-awal saya masuk Gombak macam kelakar sedikit. Saya tidak pernah dengar weyh! Hoi! Tapi kata ganti diri disini adalah Bro dan Sis.

‘Bro, tepi sikit boleh?”
“Sis, kerusi ni kosong?”

Hari pertama saya gelak besar bila cuba menggunakan ganti diri Bro dan Sis.

 5) Baju orientasi yang aneh-aneh

zahier-uiam2

Baju batik saya rasa masih boleh diterima rekaanya tapi apabila mengenangkan baju tshirt aktiviti alahai macam-macam design warna yang tidak ‘’matching’’ bagi saya. Ada tu tema baju t-shirt Barney, baju t-shirt kek lapis dan pelbagai lagi. Bila di akhir sesi pasti tergelak bila mengemas bilik dan melipat baju bila mengenangkan rekaan baju orientasi ini.

6) Shawarma dan Mixed

Kredit gambar : Shawerma Plus

Apa itu shawarma? Apa itu mixed? Sebenarnya kedua-dua perkataan ini adalah makanan. Shawarma adalah kebab Arab yang biasa kita lihat di kedai pak arab di Bukit Bintang. Di sini, pelajar antarabangsa dan Malaysia masing-masing menyukai makanan ini. Roti arab yang diletakan kentang , isi ayam atau daging dan sos2 yang yang amat menyelerakan. Harganya hanya lah rm3.50-rm4.00. Mixed pula adalah kentang yang dicincang bersama bawang, telur dan sosej di atas pemanggang dan disertakan dengan roti dan sos yang amat meyelerakan. Senior akan menceritakan café mana yang sedap dan unik. Saya rasa ramai senior yang kuat makan disini. Ingat lagi ketika minggu orientasi ramai pelajar baru ke café Ali untuk merasa mixed yang dicanang senior-senior. Perkongsian sering berlaku ketika minggu orientasi ini.

7) Bahasa

Saya seorang yang tegar bertutur Bahasa melayu dan apabila di minggu orientasi UIAM , perkara pertama yang saya periksa di kamus adalah perkataan ‘compulsory ’. Compulsory bermaksud wajib , semua notis menggunakan perkataan ni seperti ‘your attendance are compulsory’. Saya tergelak besar apabila baca notis pon saya terpaksa google translate. Sepanjang minggu ni semuanya Bahasa Inggeris, kalau dapat sebilik pelajar antarabangsa lagi masak saya. Tetapi saya perlahan-lahan membina keyakinan dalam berbahasa Inggeris.

Untuk pelajar yang bakal mendaftarkan diri, Selamat maju jaya!

Most Popular

To Top