Gaya Hidup

Ada Apa Dengan Generasi Z dan Alpha?

WideModern_KidsPlayingTablet_122313620x413

Generasi Z atau iGeneration ( lahir tahun 1995 – 2010 ) merupakan generasi internet. Mereka mempunyai persamaan dengan generasi Y, tetapi mereka mampu mengaplikasikan semua kegiatan dalam satu waktu.

Pendidikan merupakan titik permulaan bagi setiap manusia. Bagaimana seseorang manusia itu di didik adalah melihat siapa yang mendidik mereka. Latar belakang mereka yang memberi didikan akan mempengaruhi insan yang di didiknya. Maka penerusan cara berfikir dan pengamalan akan terus di warisi dari zaman ke zaman.

Generasi Z atau iGeneration ( lahir tahun 1995 – 2010 ) merupakan generasi internet. Mereka mempunyai persamaan dengan generasi Y, tetapi mereka mampu mengaplikasikan semua kegiatan dalam satu waktu. Sebagai contoh mereka mampu menerokai dunia sambil melaksanakan kerja kerja sampingan. Banyak yang mereka lakukan berhubungan dengan dunia maya. Sejak kecil lagi mereka telah mengenal teknologi dan begitu akrab dengan gadget yang canggih secara tidak langsung memberi pengaruh kepada peribadi mereka.

WideModern_KidsPlayingTablet_122313620x413

Generasi Alpha (lahir tahun 2011 – 2025 ). Generasi ini lahir sesudah generasi Z, lahir dari generasi X akhir dan Y. Generasi ini sangat terdidik kerana mereka telah dapat pendedahan pendidikan lebih awal dan banyak belajar secara langsung atau tidak. Kebanyakkan generasi Alpha ini memliki ibu dan ayah yang berkemampuan.

“ Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya. Sungguh mereka akan menghadapi masa hadapan yang berbeza dengan dari zaman mu “

Kata- kata ilmuwan ini menunjukkan bagaimana ibu dan ayah zaman sekarang perlu mengetahui cara didikan anak-anak pada masa kini. Bukan itu sahaja, saranan ini juga membawa maksud ibu dan ayah perlu menerokai dengan banyak membaca dan mengkaji trend dan pengamalan anak muda sekarang. Sebagai contoh hiburan, pergaulan bebas, fesyen makanan dan sebagainya. Segala aspek ini mejadi kegilaan remaja dan anak anak zaman yang mencabar ini.

Fesyen Terkini

Ibu ayah hari ini banyak menggunakan method bagaimana ibu ayah kandung mendidik diri mereka. Jelas di sini method yang sama akan disadurkan kepada anak anak generasi kini. Kesannya anak-anak generasi kini berjaya dibentuk namun pembentukkan mereka tidak selari dengan zaman yang mereka lalui. Sebagai contoh, dalam aspek pakaian. Zaman kini, ribuan jenis fesyen berpakaian yang lahir dari pengaruh artis kegemaran. Ada yang menjolok mata, dan ada yang masih menjaga tatasusila walaupun berfesyen.

Di sini ibu dan ayah hendaklah mengkaji dan menerokai jenis jenis fesyen ini dan selarikan dengan syariah. Jika ini dapat diterapkan pada anak anak, maka mereka akan berfikir dengan luas selagi mana tidak melanggari syariah yang telah di tetapkan.

Hair-Tattoos-001

Hari ini trend rambut menjadi trend utama anak anak muda kita. Banyak fesyen rambut yang telah sampai di negara kita. Terutama yang lelaki. Perlu diingatkan islam tidak melarang berfesyen dan berdandan. Namun ada batas dan hadnya. Fesyen rambut yang mempunyai unsur melampau dan qaza’ wajib dihindarkan kerana boleh membawa kepada hukum Haram. Jelas di sini ibu dan ayah zaman sekarang perlu menerokai fesyen rambut mana yang tidak melanggari syariah.

Tak salah untuk rambut hipsters namun ada garis panduannya. Janganlah ibu dan ayah membabi buta memarahi anak anak yang berfesyen tidak sama selera fesyennya dengan kita (ibu ayah). Dua isu ini adalah contoh mengapa perlunya kita sebagai ibu bapa meluaskan cara berfikir dengan menjadikan syariah sebagai kayu ukur. ISLAM ITU LUAS.

Analogi Tali

Tali fungsinya untuk mengikat. Dalam Bahasa arab disebut ‘aqoda. Manusia juga perlu diikat. Ikatan manusia hendaklah dari hati. Kerana itu anak anak perlu di ikat hatinya. Ikatannya adalah AQIDAH. Berpegang teguh pada ajaran Islam dan suruhan Rasulullah. Penzahirannya adalah pada rukun islam yang kedua iaitu Solat. Hanya mereka yang mempunyai ikatan yang kuat mampu menjaga solat. Kesannya, ikatan Aqidah kukuh, Solat akan dipelihara. Apabila solat di pelihara maka akhlak akan terjaga.

muslim-kids-prayer-prayers-children-salat-islam-people

Tali inilah yang perlu ibu dan ayah berikan pada anak. Ikatan yang padu dan jitu akan membuatkan kefahaman kepada anak selari dengan peredaran zaman yang mereka tempuhi. Benteng Aqidah yang di bina dan Solat yang dikerjakan akan meberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang insan lebih-lebih lagi seorang anak. Misalannya, seoarang anak yang menjaga hati (aqidah) dan solatnya akan dapat menjaga dirinya daripada terjerumus dengan dunia yang serba canggih ini.

Selain itu tali ini juga boleh diumpamakan dengan disiplin. Disiplin ini menjadikan anak anak kita mampu berfikir luas atau sempit. Tali disiplin ini penting kerana dengan tali ini generasi Z dan alpha ini akan membawa jauh dari mata kita. Terpulang pada kita bagaimana kita ikat dan bermain tarik tarik agar generasi Z dan Aplha ini tidak tersungkur. Sebagai contoh tali disiplin dari sudut fesyen, hiburan dan pergaulan merupakan disiplin yang perlu dititik beratkan

Persoalannya bagaimanakah cara mengikat tali pada anak-anak kita ?

Kebanyakkan ibu bapa kita mengikat dengan tali yang tegang. Tidak salah untuk ikat dengan tali yang tegang. Tetapi adakala, apabila tali itu terlampau tegang, anak-anak generasi Z dan Aplha ini tidak mampu bergerak jauh dan menerokai apa yang ada dihadapannya. Takut-takut tali ini akan putus dek kerana terlalu tegang akhirnya generasi ini akan terus hanyut atau mati dalam gaung yang dalam. Ini akan membantut perkembangan pemikiran mereka yang akhirnya mereka akan memberontak.

Pendidikan zaman kini memerlukan tali yang sedikit longgar. Namun binaan tali itu perlu dari asas yang kukuh iaitu Aqidah yang jitu dan Solat yang padu. Apabila tali tadi di biarkan sedikit longgar maka generasi Z dan Alpha ini mamu menerokai zaman yang luas ini dengan lebih jauh. Walaupun suatu hari mereka akan jatuh tersungkur namun generasi Z dan alpha ini mamu bangun dan bangkit dan meneruskan perjalanan mereka. Contohnya, di dalam isu fesyen rambut.

Jika dahulu kita di popularkan dengan fesyen skinhead, punk dan sebagainya. Kini fesyen hipsters menjadi kegilaan generasi Z dan Alpha. Sebagai ibu bapa kita wajib menerokai trend ini. Bagaimana cara gunting yang tidak melanggari syariah dan bagaimana cara gunting yang di larang.

Zaman muasir ini generasi Z dan Alpha tidak mampu dididik dengan larangan itu tak boleh, ini tak boleh, ini dosa, itu haram. Ibu bapa perlu menjelaskan dengan penuh hikmah bukan dengan penuh hukuman, marah marah dan herdik. Dengan itu suasana dan akhlak yang rahmah akan ditonjolkan oleh generasi Z dan Alpha.

Kesimpulannya sebagai ibu ayah, wajib bagi kita menerokai dan terus mengkaji trend zaman sekarang agar generasi Z dan Alpha mendapat bimbingan yang bersepadu. Kita menyampaikan mesej bukan hanya memberi labelan yang negatif. CORAKKAN ANAK HASIL LUKISAN KITA.

Penulis: Mohd Fadhli merupakan guru pendidikan Islam SK Jubli Intan di Renggam, Kluang, Johor. Beliau juga seorang trainer IKRAM Teens. Ikut beliau di Facebook.

Most Popular

To Top