Politik

Analogi Politik Buah-Buahan Yang Masam

oh2

Si hijau dan si oren. Kedua-dua anda adalah masam! Buat masa ini, citarasa pelanggan memilih buah-buahan yang lebih manis.

Salam sejahtera.

Si hijau dan si oren. Kedua-dua anda adalah masam!

Buat masa ini, citarasa pelanggan memilih buah-buahan yang lebih manis.

Tak kiralah sama ada si manis tu hakikatnya si kelat kerana mengggunakan pemanis gantian (gula tiruan/perasa makanan) atau diawet agar dapat kekal bertahun-tahun. Atau memang semulajadi manis. (Bukan isu)

Apa yang penting adalah anda wajib meyakini khasiat yang anda miliki!

Ketahui berapa peratus (%) kandungan vitamin C anda, kenali sebatian anti-oksidan yang anda miliki, dan tahap kelazatan yang dimiliki. Kemudian, yakinkan pelanggan memilih untuk membeli anda!

Bukan, memperendahkan kualiti buah-buahan yang lain. Jika begitu, anda seolah-olah tidak yakin dengan nutrisi anda sendiri.

Akhirnya, jangan menyalahkan pelanggan yang ramai menghidapi diabetis kerana tersalah pilih buah beracun (terlebih gula-gula).

Buat para pelanggan!

Meskipun kuasa membeli ditangan anda, anda memang berhak memilih apa jua yang anda mahu.
Sebab memang anda maklum bahawa “The consumer is always right” atau “The consumer is king” (“Cash is king” konsep lain)

Namun,

Diet pemakanan anda hari ni akan menentukan tahap kesihatan anda jangka masa panjang. Oleh itu perlu sentiasa beringat apa yang anda makan hari ni.

Buat si hijau dan si oren.

Dietitian dan nutritionist arif tentang anda, maka hargailah khasiat masing-masing. Dalam masa yang sama, hargai buah-buahan lain.

Demi manfaat pelanggan, anda boleh memilih untuk dikisar (blended) supaya menjadi jus buah-buahan campuran yang enak lagi berkhasiat untuk hidangan kepada para pelanggan.

Atau setidak-tidaknya, kekal dengan keaslian sendiri tanpa memperendahkan khasiat buah-buahan berlainan jenis.

Semoga para konsumer dan para pelanggan sentiasa mengamalkan diet seimbang agar Ramadan anda lebih bermakna dan tidak sia-sia :)

Most Popular

To Top