Politik

Apa Implikasi Rang Undang-Undang (RUU) Penggubalan Akta 355?

v5

Yang Berhormat dari kawasan Marang telah mengusulkan satu Undang-Undang Persendirian bagi meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jika dilihat sebelum ini, dibawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 yang memperuntukkan bahawa hukuman maksimum bagi pesalah jenayah syariah adalah tiga tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 kali sebatan. Menurut Wan Anwar Wan Ibrahim, usul ini diterima oleh Yang Dipertua Dewan.

Penerimaan usul ini adalah berteraskan Peraturan 14(2) Mesyuarat yang membenarkan menteri membawa usul oleh mana-mana ahli di dalam Parlimen. Menurut Wan Anwar lagi, perkara ini mula menimbulkan banyak persepsi dalam pelbagai kelompok masyarakat kerana Rang Undang-Undang ini dipilih untuk dibahaskan di dalam Parlimen berbanding Rang Undang-Undang yang lain.

Rentetan dari hal ini, rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama mula mempersoalkan apakah implikasi dari penggubalan Akta 355 ini? Menurut Prof Dr. Aziz Bari, beliau turut menjadi keliru apabila soal agama dipersoalkan di dalam Parlimen. Hal ini jelas bertentangan dengan Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan di mana soal agama terletak di bawah bidang kuasa negeri. Rakyat harus tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan konsep Federalism.

 Rakyat harus tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan konsep Federalism.

Di bawah konsep Federalism, bidang kuasa untuk membuat undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu bidang kuasa pusat (Parlimen) dan bidang kuasa negeri (Dewan Undangan Negeri). Oleh itu, dalam membuat perundangan, kedua-dua bidang kuasa ini mempunyayi limitasi masing-masing. Di dalam kes Mamat bin Daud v Kerajaan Malaysia (1988), Kerajaan Pusat disekat untuk membuat undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam proses pembuatan undang-undang, kedua-dua kerajaan harus tahun kuasa masing-masing yang terletak di dalam Perlembagaan kita.

Apabila perkara ini dikaitkan dengan Hudud yang ingin dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Prof Aziz Bari memberi respon yang munasabah di mana hukuman Hudud ini boleh dilaksanakan dan bukanlah perkara yang melanggar Persekutuan. Sebagai contoh, Akta 355 ini boleh dibawa ke Mahkamah untuk diisytiharkan melanggar Persekutuan kerana Akta 355 ini telah mengikat perkara yang bukan haknya.

Jika ditanya kepada Prof. Madya Zulfakar Ramlee, apakah signifikan pindaan Akta 355 ini, beliau memberi pandangan dari sisi yang berbeza, menurut beliau, pindaan Akta 355 bukanlah semata-mata untuk memberi ruang kepada permulaan perlaksaan hudud. Akan tetapi, pindaan ini penting sesuai dengan keadaan di Malaysia kini. Jika diimbau 32 tahun lepas, hukuman maksimum 3 tahun penjara, denda RM 5,000 dan 6 kali sebatan adalah hasil penambahan dari hukuman sebelumnya di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang hanya memperuntukkan denda maksimum RM1000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan.

ayah-pin

Kredit gambar : Siakap Keli

Hal ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil dalam penambahbaikan dam perluasan bidang kuasa Mahkamah Syariah demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya masyarakat yang beragama Islam. Jika dilihat dari gejala aqidah yang berleluasa di Malaysia, seperti gejala seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi, Ayah Pin dan pembawa ajaran sesat, mereka tidak akan pernah serik jika hukuman ini berbentuk “mampu” ditanggung. Ringkasnya, pindaan Akta 355 ini bukanlah sahaja demi perlaksanaan hudud, akan tetapi pemindaan ini demi memperkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimana pula dengan Non-Muslim?

Timbul persoalan dari segenap pihak tentang kewajaran perlaksanaan hudud ini apabila hukuman ini melibatkan parti bukan Muslim. Sebagai contoh, seorang Muslim yang merompak rumah bukan Muslim, bagaimanakah hudud ini dilaksanakan? Hal ini kerana parti bukan Muslim tidak diiktiraf sebagai saksi yang sah di sisi Syariah.

Prof Madya Dr Zulfakar menegaskan, perkara ini telah lama difikirkan dan perkara ini mesti melibatkan nasihat pakar dari Undang-Undang Keterangan untuk memastikan hudud ini relevan dilaksanakan. Analoginya, jika orang yang membawa dadah sebanyak 15g diberi hukuman gantung sampai mati dikira sebagai setimpal kerana dikira sampah masyarakat, wajarkah orang yang berzina yang boleh mengundang banyak penyakit dan melahirkan anak tidak sah taraf hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 3 tahun?

Kes Liwat

Kuala Lumpur 15 Jun 2006-Sukam Darmawan di bawa dari lokap untuk jamin RM 10 ribu dimahkamah atas sebut kes tuduhan membernarkan datuk seri Anwar meliwatnya _Gambar Zaini Husin Berita -Mahkamah utusan /Kosmo

Kuala Lumpur 15 Jun 2006-Sukam Darmawan di bawa dari lokap untuk jamin RM 10 ribu dimahkamah atas sebut kes tuduhan membernarkan datuk seri Anwar meliwatnya _Gambar Zaini Husin Berita -Mahkamah utusan /Kosmo

Kredit gambar : Utusan

Beliau seterusnya memberi contoh kes Sukma Darmawan Susmitaat Madja. Mahkamah Federal telah memberi keputusan bahawa Peguam Negara diberi pilihan samada mahu membawa kes berkaitan liwat di Mahkamah Sivil mahupun di Mahkamah Syariah. Hal ini kerana kes liwat seperti di dalam s.377(D) Kanun Keseksaan mempunyai maksud yang luas. Interpretasi mahkamah ini memberitahu bahawa liwat ini bukanlah semata-mata antara lelaki dengan lelaki tetapi boleh juga antara lelaki dan wanita. Manakala liwat yang ada di dalam Undang-undang Syariah Islam hanya membawa maksud antara lelaki dan lelaki. Perkara ini menurut Prof. Dr Madya Zulfakar adalah seperti mempermain-mainkan hal agama Islam. Tambahan lagi, denda yang diperuntukkan di bawah kanun keseksaan juga lebih tinggi iaitu penjara 20 tahun.

Kesimpulan dari diskusi ini, jelaslah kepada kita bahawa Rang Undang-Undang Oemindaan Akta 365 wajar dilakukan . Di sini saya ingin mengambil kata-kata dari Prof Madya Dr Zulfakar sebagai penutup,

“Perkara yang mudah dan ditakuti telah disukarkan dengan slogan yang syok sendiri, 32 tahun penantian berlalu tanpa apa-apa pembaharuan. Ini adalah tanggungjawab kerajaan yang telah diletakkan di bawah ahli yang lain”.

Nurkamelia binti Ghazali
Pelajar Tahun 3 Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Most Popular

To Top