Politik

Misi Deklarasi Rakyat yang wajar dibantu – Muammar Qaddafi

deklarasi-rakyat

Perdebatan mengenai Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak pernah surut dalam kalangan aktivis politik mahupun gerakan-gerakan anak muda.

Perdebatan mengenai Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak pernah surut dalam kalangan aktivis politik mahupun gerakan-gerakan anak muda.

Pada 30 April lalu satu debat antara pengasas Challenger Syeq Saddiq dan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad berlangsung untuk membahaskan kerelevenan Deklarasi Rakyat kepada gerakan anak muda hari ini.

Syeq Saddiq yang juga merupakan ahli sekretariat Deklarasi Rakyat meletakkan bahawa perlunya kepada anak muda menyokong deklarasi yang menuntut Najib Razak meletak jawatan dan mengesa kepada reformasi institusi yang pincang hari ini.

Syeq Saddiq menggesa anak muda untuk bersama gerakan ini dan letak ditepi dahulu rasa curiga kepada Tun Mahathir demi menyelamatkan Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa Deklarasi ini tidak menghalang inisiatif lain yang membawa ke arah Malaysia yang lebih baik sebaliknya ia adalah salah satu dari inisiatif yang ada untuk menyelamatkan Malaysia cari pentadbiran korup Najib Tun Razak.

debat-ft-img

Panel kedua, Saudara Jufazli Shi Ahmad yang juga merupakan seorang pensyarah universiti membawa usul menolak Deklarasi Rakyat yang menurut beliau merupakan satu penipuan besar besaran yang mana hanya 1 tujuan utama sahaja yang menjadi fokus Deklarasi Rakyat iaitu untuk menyelamatkan UMNO-BN.

Beliau mendakwa agenda mereformasikan sistem yang korup yang termaktub dalam Deklarasi Rakyat tidak pernah menjadi keutamaan melainkan sekadar untuk adakannya sahaja.

Menurut Saudara Jufazli agenda sebenar Mahathir hanyalah untuk menjatuhkan Najib sahaja sebagaimana Tun Mahathir sendiri maklumkan dalam satu dialog tertutup yang dihadirinya.

Agenda sebenar Mahathir hanyalah untuk menjatuhkan Najib sahaja …

Sekaligus meletakkan niat Mahathir adalah untuk menyelamatkan UMNO sebagai parti politik pemerintah di Malaysia.

Saudara Jufazli sememangnya tidak bercakap kosong, sudah menjadi rahsia umum bahawa penentangan Mahathir terhadap Najib sememangnya untuk selamatkan UMNO, bukanlah untuk selamatkan Malaysia,agenda reform hanyalah sekadar kosmetik untuk memberi markah tambahan untuk gerakan Deklarasi Rakyat ini.

Namun idea bawaan Syed Saddiq juga adalah benar, kita harus untuk bersama gerakan Deklarasi Rakyat ini sekurangnya untuk Malaysia. Kejatuhan Najib Razak daripada posisi Perdana Menteri Malaysia adalah penting dalam menghindarkan Malaysia untuk jatuh lebih teruk sekiranya Najib dibiarkan terus berkuasa, skandal skandal besar Najib terutamanya 1MDB cukup memerlukan titik noktah segera sebelum lebih banyak aset dan harta negara digadai dek bebanan hutangnya yang tinggi.

Kesimpulan

Menurut saya, kesimpulan terbaik hasil debat dua tokoh anak muda ini adalah gabungan bersama idea keduanya menjadi satu iaitu gerakan Deklarasi Rakyat harus dibantu dan disokong namun pada masa yang sama waspada dan curiga kepada Tun Mahathir haruslah sentiasa ada.

Kita beri analogi mudah, Najib Tun Razak ibarat taik (Najis/tahi) yang berselerakan di lantai, kesan baunya busuk kepada semua pihak termasuklah individu yang bertanggungjawab “menghasilkan” taik ini iaitu dalam kontek isu ini adalah Tun Mahathir.

Kita bantu Tun untuk bersihkan taik yang dia tinggalkan kerana bukan hanya dia yang terkesan dek bau busuk taik ini, kita semua rasainya, ya kita boleh lepas tangan namun tiada ruginya kita bantu membersihkan.

Usai pembersihan, maka tamatlah kerjasama kita dengan Mahathir, maka cita citanya sudah makbul dan tercapai namun tidak bermakna kita harus turut berhenti, perjalanan kita bukan hanya bersihkan taik setompok itu sebaliknya seluruh bangunan kita harus cuci dan bersihkan agar kita dapat berikan keselesaan yang baik kepada penghuni dan pengunjungnya.

toilet

Sebagai seorang tua yang bertanggungjawab mengasaskan UMNO hari ini, tidak payah untuk kita memahami kenapa beliau begitu cinta kepada parti melayu bersatu itu, kita tidak wajar menghalang atau mempersenda cita-cita Tun itu. Namun pada masa yang sama kita harus bersedia membawa cita cita kita sendiri, iaitu menjatuhkan Umno Barisan Nasional sebagai pentadbir kerajaan dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Ini cita cita kita, atau sekurangnya cita-cita saya yang tidak wajar dihalang, mahupun dipersenda oleh sesiapa pun termasuk oleh Tun Mahathir.

Gambar kredit: Michellehiisy

Most Popular

To Top