Global

Pembunuhan Golongan Gay & Kemuliaan Bani Adam

orlando shooting

12 Jun 2016. Saat umat Islam menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan, dunia dikejutkan dengan penembakan 49 golongan gay Amerika yang berada dalam Orlando Night Club, Florida.

Tragedi yang menggemparkan disifatkan disifatkan oleh media AS massacre  terburuk dalam sejarah tragedi pembunuhan massal warga awam di AS, mengatasi tragedi pembunuhan beramai-ramai di Virginia Tech University pada 2007 yang mengorbankan 32 orang pelajar.

Namun mungkin ramai tidak perasan bahawa sehari sebelum tragedi tersebut, pada 10 Jun 2016, juga berlaku pembunuhan seorang penyanyi muda berusia 22 tahun, Cristina Grimme. Cristina yang merupakan bekas peserta rancangan realiti TV, The Voice ditembak dalam jarak dekat ketika sesi autograph bersama peminat selepas melakukan persembahan di The Plaza Live, juga di Orlando, Florida.

Pembunuh yang bernama Kevin James Loibl, berusia 27, dari St. Petersburg, Florida kemudian terus menembak dirinya hingga mati ditempat kejadian. Christina Grimme disahkan meninggal hari berikutnya di Orlando Regional Medical Centre setelah cedera parah.

Jika pembunuhan 12 Jun dilakukan oleh seorang Islam, maka pembunuhan kedua dilakukan oleh seorang non-Muslim. Ironinya, pembunuh Muslim, Omar Mateen didakwa seorang gay dikatakan sejak 3 tahun terakhir sering menyertai kelab malam gay Orlando, Florida.

Amerika Syarikat sentiasa menjadi tumpuan dunia dengan siri-siri pembunuhan yang berlaku secara terbuka melibatkan orang ramai. Masihkah kita ingat tragedi Chapel Hill Shooting pada 10 February 2015 yang membunuh Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad Abu-Salha dan Razan Mohammad Abu-Salha? Ketiga-tiga mereka dibunuh head-shot ketika dalam condominium mereka, di Chapel Hill North Carolina. Sebuah kawasan perumahan yang boleh dikatakan kelihatan tenang, tidak sesak seperti Sungai Buloh atau Greenwood di petang Ramadhan.

Namun, saya tidak berniat untuk menjustifikasi kekejaman yang dilakukan oleh seorang muslim dengan kisah kekejaman lain yang pernah dilakukan terhadap muslim. Sudah tentu itu membuahkan apa-apa makna.  Cuma, yang ingin saya ketengahkan adalah kekejaman dan mangsa kezaliman bukan mutlak berpihak kepada sesuatu bangsa atau entity atau agama!

Keadilan dan Kebebasan Adalah Tujuan Tertinggi  Syariah Islam?!

Apabila berlaku tragedi pembunuhan Charlie Hebdo pada 7 Januari 2015 atau isu sejagat seperti pengeboman masyarakat awam di London, Bali, Jakarta dan sebagainya oleh militan DAESH, kita akan mendengar bantahan daripada umat Islam atau yang ingin membela umat Islam dengan slogan “Terrorism Has No Religion”. Ungkapan ini menunjukkan alibi terhadap suatu kaum secara umum daripada ulah dan “kenakalan” 1-2 orang individu dari kaum tersebut. dengan kata lain ungkapan ini ingin menolak generalisasi/pukul rata terhadap sesuatu label buruk terhadap sesuatu pihak/entiti/agama. Memang benar, Islam yang turun dengan membawa 5 Maqasid Syariah atau dengan bahasa mudahnya Objektif Syariah ingin menjaga agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan ini, amat kontra dengan praktik golongan pelampau atas nama agama seperti DAESH dan al-Qaeda. Bahkan Dr Yusuf Qaradhawi menambah 2 lagi aspek yang dijaga dalam Maqasid Syariah iaitu kebebasan dan keadilan.

Saya lihat mungkin ada sedikit perasaan bercampur baur antara umat Islam hari ini. Adakah kerana yang menjadi mangsa adalah gay, jadi kita agak janggal atau awkward menunjukkan solidariti?

Umat Islam terutamanya pemimpin kumpulan dan pergerakan Islam yang sering didoktrinkan dalam kumpulan study circle mereka dengan slogan dan retorik Islam adalah “Penyelamat” dan berniat ingin menyelamatkan dunia dengan Islam, sepatutnya berasa dalam hati yang beriman itu, akan rasa marah, benci, meluat, menyampah dan mengutuk segala kekejaman, tidak kira terhadap siapa pun. Dalam konteks hari ini, kekejaman terhadap 49 warga gay.

Semoga dijauhkan dari mulut dan tangan mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk kekejaman, apabila ditanya media atau pengikut tentang pendirian terhadap isu ini, namun hati merasa gembira kerana kononnya “kaum Lut dibalas dengan siksa Allah”. Semoga dijauhkan.

Padahal dalam Al-Quran surah Isra ayat 70, Tuhan menyebutkan bahawa Dia memuliakan Bani Adam melebihi ciptaanNya yang lain. Tidak kira agama, bangsa dan naluri seks.

Ya, Perbuatan gay jelas adalah haram disisi Islam. Namun pembahasan tentang LGBT sangat panjang dan kompleks, sifirnya tidak  semudah menjadi penghukum. Sudah shahih dan jelas, seorang yang melakukan hubungan seks sejenis dipandang haram dalam Islam, namun kecenderungan atau naluri seksual seseorang yang gay, lesbian tidak boleh dihukum haram. Ia lebih memerlukan intervensi dan rawatan dari sudut psiko-spiritual, berbanding cemuhan dan kutukan dari sudut tukang penghukum atau qadhi. Namun, Dr Yasir Qadhi tidak bersikap qadhi yang menghukum tidak bertempat. Beliau dan ulama’ kontemporari lain seperti Dr Tariq Ramadhan berpendapat, seperti yang saya sebutkan diatas.

Apa Pula Pendirian Pemimpin Umat Islam?

Pendokong Gerakan Islam, Budak Usrah, Muslim Demokrat perlu tampil lebih berani dan lantang menegakkan keadilan dan mengangkat kemuliaan semua manusia, bukan hanya lantang dalam Isu antara bangsa melibatkan umat Islam seperti di pembantaian di Aleppo, dan pembunuhan orang awam Palestin oleh polis Israel di Jerusalem dsb sahaja.

Walaubagaimanpun, lantang disini juga bukan bermaksud lantang memohon maaf yang menonjolkan sikap apologetik dan inferiority complex. Ini kerana sikap yang sebenar adalah menentang sebarang kekejaman, tanpa berpihak kepada pelaku atau bias/berat sebelah terhadap mangsa.

Berdasarkan Maqasid Syariah, kewajiban menjaga nyawa dan menegakkan keadilan sudah tidak mampu disangkal lagi. Membunuh harus dilakukan jika sabit kesalahan. Dan segala tindakan adalah tugas pihak berkuasa. Membunuh 1 nyawa tanpa sebab berkaitan undang-undang, ibarat membunuh seluruh manusia. Menjaga 1 nyawa ibarat menjaga seluruh nyawa manusia. Begitulah indahnya Islam yang digambarkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran al-Maidah 32.

Oleh sebab itu, dalam isu krisis Syria misalnya, yang kita kutuk bukan agama Syiah Nusairiyah atau Kristian Russia, atau Syiah Imamiyah Hezbollat. Tapi kita mengutuk dan benci kepada kekejaman. Kebetulan pelakunya adalah Syiah, Rusia dan Iran. Jika pelakunya adalah Sunni bermazhab Syafie dan rakyat Kelantan sekalipun, jangan pernah pilih bulu dalam mengutuk kekejaman.

Most Popular

To Top