Ekonomi

Bagaimana seorang technician memperoleh pendapatan sehingga RM5000 sebulan

9 (1)

Semasa Awal Alam Pekerjaan

Saya masih ingat lagi masa mula-mula masuk sekolah rendah Darjah 1.

Malasnya untuk datang sekolah memang bukan main. Lagi-lagi pula dengan saya yang jenis tak berapa reti nak mesra dengan orang lain. Sehari sebelum pergi ke kelas Darjah 1 untuk hari pertama, mak ada cakap, “Tak mungkin hari pertama sudah mewarna, jadi ‘colour pencil ’ tu tak perlu la beli dahulu.”

Tapi esoknya, memang hari pertama pagi itu juga dah mula mewarna dah. Itu pun dah rasa menggelabah.
Dalam 2 minggu pertama masa Darjah 1 memang terasa nak balik sangat-sangat.

Selepas 6 tahun di sekolah rendah, saya berpindah ke sekolah menengah untuk 3 tahun seterusnya sebelum saya masuk ke sekolah teknik untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk jurusan Mechanical Engineering, dan seterusnya ke Universiti Malaysia Pahang selama 3 tahun untuk Diploma Mechanical Engineering. Saya tamat pengajian pada tahun 2009.

Entah apa lah yang saya buat ni kan, bertahun tahun belajar.

Selepas grad, menganggur juga.

pengangguran

Kredit gambar : bangsaku.web.id

Bila dah ada kelulusan Diploma Mechanical Engineering, ingatkan kerja bahagian mesin-mesin lah, tapi saya duk bawa juga forklift, nak dekat setahun lebih punggah dan naik barang ke lori trailer.

Ingat lagi, masa mula-mula bawa forklift, anne India driver lori tu marah sebab saya berhentikan forklift lambat dan terlanggar sikit bahagian belakang lori yang baru dicat. Tapi lama kelamaan ada pemandu lori India lain pula yang puji:

“Good good, you sudah pandai bawa”

Bangga? Mesti lah bangga, tapi saya masa tu operator gaji RM 800 sahaja sebulan. Kalau tidak silap, ia awal tahun 2011.

Perlu untuk saya bangga sebab dah ada yang memuji.

Tapi apa lah yang telah saya buat ni. Saya ada diploma tapi kerja operator?

Perubahan Mentaliti

Selang beberapa tahun dan sekarang sudah pun 2016. Umur pun dah 28 tahun.

Alhamdullillah berkat rezeki, mungkin doa mak juga sebab tengok anak dia mengganggur setahun lebih.
Barulah saya betul-betul faham kenapa kita belajar, maksud tersirat di sebalik kerja yang kita dapat, yang bukan daripada kelulusan yang kita tamatkan pengajiannya di Universiti atau Politeknik, sebagai contohnya.

Dan jawapannya ialah..

Untuk kita belajar buat keputusan dengan baik dan supaya dapat duit lebih.

Studying-Techniques

Kredit gambar : topyaps.com

Berkenaan dengan jawapan pertama iaitu untuk dapat buat keputusan dengan baik, insyaAllah saya akan kupaskannya kemudian hari. Lagipun agak susah untuk fahamkannya kepada anda.

Berbanding dengan tentang duit rasanya anda lebih mudah untuk faham.

Percaya atau tidak, semasa kita berada di Universiti, apa yang kita tahu adalah gaji pokok untuk pemegang diploma ialah RM 1500.

Adakah ia benar?

SALAH…

Tersangat salah.

Sebab belum tentu anda akan dapat sebanyak itu. Sebenarnya ia masih lagi bergantung kepada jenis produk untuk syarikat yang anda bekerja, bagaimana pula keuntungannya dan macam-macam lagi.
Pendek kata, anda tidak mungkin akan dapat, lebih-lebih lagi di Ipoh seperti saya.

Ada juga dengar-dengar gaji di Pulau Pinang, Kulim, Johor, Shah Alam dan bandar bandar besar yang lain di mana gaji permulaan diploma ialah RM 1800.

Setakat ini, saya sudah bekerja di Kulim untuk bulan kedua sebelum ini di Ipoh, belum lagi ada maklumat tentang mereka yang dapat gaji sebanyak itu.

Mengikut pengalaman anda, lagi tinggi kelulusan anda, lagi tinggilah gaji yang akan anda dapat.
Mungkin bukan di tahun yang pertama , tapi lama kelamaan ia akan berada di paras yang betul.
Maka itu dia, anda belajar tinggi untuk dapatkan gaji yang lebih.

Sebagai contoh, saya berkelulusan diploma, masa mula-mula kerja sebagai technician, gaji saya ialah RM 1000 ( tahun 2009) seterusnya RM 1200 untuk kilang yang seterusnya, selepas itu saya berpindah lagi ke kilang lain gaji saya RM 1500.

Dan sekarang selepas 4 atau 5 kilang saya tukar dan hampir 4 atau 5 tahun bekerja, gaji pokok saya sudah lebih kurang RM 2 000 , iaitu paras yang agak selesa.

Seperti yang anda boleh lihat, untuk Diploma, kerja 4 tahun baru dapat gaji cecah RM 2000. Sedangkan kalau kelulusan atas sedikit iaitu Sarjana Muda awal awal bulan sudah RM 2500.

GetPaid

Kredit gambar : creditkinnect,com

Bolehkah technician yang berkelulusan Diploma pegang jawatan Engineer, yang sepatutnya untuk kelulusan Sarjana Muda?

Jawapannya, bergantung kepada syarikat yang anda bekerja.

Macam kes rakan saya sendiri, selepas 6 tahun bekerja sebagai operator dan technician. Baru lah merasa naik ke jawatan engineer. Umur dia sekarang 29 tahun, tua saya setahun sahajalah.

Pendek kata, sebagai pemegang diploma anda perlukan masa untuk dapatkan gaji cecah RM 2000.

Untuk kebanyakan kilang lah. Ada juga syarikat lain seperti adik saya sendiri, yang kerja di bahagian oil dan gas, gaji RM 2500 sebulan. Elaun kalau tidak silap RM 500.

Bagaimana caranya pemegang diploma nak dapatkan gaji RM 2000 atau RM 3000 sekalipun?

Dalam tempoh 4 tahun pengalaman sebagai technician, ada juga gaji saya cecah sampai RM 5000.

Jawapannya, tak lain tak bukan ialah anda terpaksa bekerja secara shift dan buat kerja lebih masa.

Tiada cara lain, melainkan anda berniaga.

Nanti ada masa yang terluang saya akan kongsikan kawan kawan saya yang bekerja di Gerai Burger dan perniagaan lain juga ya. Ada juga yang buat bisnes dropship untuk product dari China.

Baiklah, sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.

Nama saya Syed, dari SEOCaraBaik.com

Most Popular

To Top