Agama

Forum Istilah Kafir Harbi: IKRAM ternyata IKRAM, ASWAJA memang begitu, kredit untuk UMNO

forum-harbi2

Saya sendiri hadir dengan perasaan teruja untuk mengetahui label kafir harbi itu ingin kita sarungkan kepada siapa di Malaysia. Andai kata DAP dimana harbinya?

Tahniah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) atas penganjuran Forum Istilah Kafir Harbi Masih Relevan Atau Tidak? Seawal saya menjangkakan bahawa forum ini akan sedikit kucar kacir kerana akan berlaku debat istilah atau debat makna kerana penganjur secara langsung meletakkan perkataan istilah. Untuk perkara ini saya bersetuju dengan ahli panel dari IKSIM yang mengatakan walaupun tidak ada pencuri, istilah pencuri tetap relevan kerana apabila situasi itu berlaku kita tahu dia pencuri.

Saya sendiri hadir dengan perasaan teruja untuk mengetahui label kafir harbi itu ingin kita sarungkan kepada siapa di Malaysia? Andai kata DAP dimana harbinya? Untuk itu terima kasih kepada sahabat yang bertanya kepada Dr. Maszlee Malik tentang tindakan Alvin Tan yang telah menghina Al-Quran dengan menggunkan Al-Quran sebagai pengelap najis. Amat tepat jawapan Dr. Maszlee Malik apabila menjawab Alvin Tan bukan kafir harbi tetapi penjenayah yang perlu diambil tindakan undang-undang.

IKRAM TENYATA IKRAM

Slogan Islam Rahmatal Lil A’lamin yang seringkali IKRAM laungkan bukan sekadar slogan. Ustaz Hasanuddin yang merupakan Mantan Timbalan Presiden IKRAM dan sekarang Naib Presiden Parti Amanah Negera turut membawa mesej yang sama iaitu dakwah dan dakwah. Mereka sama sekali tidak menafikan penggunaan istilah tetapi membawa kepada dimensi tindakan. Mengharbikan rakyat Malaysia bukan satu tindakan yang bijak kerana pada kita tidak semestinya harbi menidakkan ruang dakwah tetapi pada pemahaman mereka title harbi membawa halal darah dan harta. Sebab itu saya katakan IKRAM TERNYATA IKRAM.

zamihan-aswaja

Seandainya kita telusuri sebelum forum ini bermula satu strategi jahat telah di mainkan oleh satu page FB KAMI TIDAK MAHU FAHAMAN WAHABI DI MALAYSIA. Mereka telah mengorek dan menyelongkar FB Dr. Maszlee Malik dengan tujuan untuk membunuh karakter Dr. Maszlee Malik. Boleh saya katakan saya sudah menjangkakan panel IKSIM dan ASWAJA akan bergabung untuk menyentuh peribadi Dr. Maszlee Malik. Ini terbukti apabila panel IKSIM mengakui sendiri mendapat arahan dari panel ASWAJA agar menyemak FB Dr. Maszlee Malik. Panel IKSIM sendiri seawal muqaddimah bicara telah menyerang Dr. Maszlee Malik secara tiba-tiba dan konsisten sehingga penggulungan. Tidak perlulah saya sebutkan tentang panel ASWAJA. Saudara boleh nilai sendiri. Tetapi tidak perlu pelik. ASWAJA MEMANG BEGITU.

Kredit kepada wakil Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Fathul Bari seawal bicara telah membuktikan dirinya seorang yang cukup berhati-hati. Pandangan Dato’ Dr. Fathul Bari amat harmoni dan berakhlak. Menggunakan masa penyampaian hanya untuk membincangkan tentang isu yang dibincangkan dan penuh dengan nasihat dan mesej. Tahniah kepada Pemuda UMNO anda mempunyai pelapis pemimpin yang hebat. Cepat-cepat angkat Dato’ Dr. Fathul Bari sebagai Presiden UMNO.

Semoga wacana ilmu seperti ini dapat diperbanyakkan dan mudah-mudahan disambut baik oleh NGO-NGO lain di Malaysia.

“Kami Menjulang Demokrasi Ilmu”

Most Popular

To Top