Agama

Kafir Harbi: Berhujah atau Menyerang Peribadi?

kafir3

Saya terkilan & kecewa dengan perangai beberapa orang panelis jemputan wacana Kafir Harbi anjuran IKRAM semalam. Seakan-akan panelis tersebut mengambil kesempatan atas kebaikan penganjur. Sepatutnya mereka syukuri, IKRAM atas dasar keterbukaan menjemput mereka untuk berkongsi ilmu & pandangan dalam erti untuk menjernihkan keadaan berkaitan polemik terma Kafir Harbi yang mana bila-bila masa sahaja boleh menggugatkan perpaduan rakyat Malaysia, tetapi mereka lebih cenderung, mengguna kesempatan yang diberi, menjadikan medan perbincangan ini untuk membuka aib & menyerang peribadi panelis lain.

Bagi mereka yang menyaksikan atau menonton atas talian wacana Kafir Harbi, pasti anda perasan beberapa orang panelis yang respon mensasarkan peribadi panelis lain. Kenapa mesti respon begitu? Melihat pada tajuk, wacana ini perlu dibincang dalam ruang lingkup istilah Kafir Harbi yang mana isinya sepatutnya disertakan pandangan ulama & dalil. Bukannya medan membunuh peribadi panelis lain!

Niatnya wacana untuk mengilmukan masyarakat bukannya mengelirukan masyarakat dengan mempromosi keburukkan panelis lain. Apakah kalian tak sedar? Akhlak & kata-kata kalian dilihat, dinilai? Viewer pun bukan bodoh, tidak mudah-mudah untuk didoktrin picisan kamu. Mungkin kamu tak sedar lagi, bukan setakat Muslim tetapi non-Muslim juga turut menyaksikan.

Saya percaya hadirin yang hadir bukan nak dengar aib panelis apatahlagi adegan murahan ‘public shaming’ panelis kepada panelis lain. Hadirin perlu pandai, yakni adil dalam penilaian, yang mana wacana semalam sepatutnya dibincang secara ilmiah, bukannya buang masa cakap sesuka hati semberono membuka aib panelis di hadapan khalayak orang ramai tanpa segan silu sambil jenamakan diri masing-masing sebagai duta Islam dengan title ‘ustaz’. Sangat dikesali!

Mungkin kamu menang bicara semalam, tapi bagi saya, kamu kalah dalam menang esok. Cukup-cukuplah, usir jauh-jauh sikap itu. Ummah sudah muak dengan sikap agamawan tak matang sebegitu. Takut-takut terfitnah Islam, tidakkah kamu rasa begitu?

Terakhir, saya seru mari sama-sama kita satu hati tolak sikap ‘character assasination’ & ‘public shaming’. Sepatutnya kita syukuri masih ada lagi pihak yang berusaha mengharmonikan Malaysia dengan mengadakan wacana ilmiah seperti ini. Dengan itu, tahniah IKRAM atas penganjuran!

Al-Furqan [25:63]

Amir ‘Izzuddin Bin Muhammad,
Mahasiswa.

Most Popular

To Top