Mahasiswa

41 Tips Yang Pelajar Baru Masuk Universiti Perlu Tahu

tips-masuk-uni

So berdasarkan pengalaman & perkongsian, inilah 41 tips untuk korang adik-adik yang baru nak masuk Universiti!

Alhamdulillah, saat saya brainstorm, kumpul & pilih tips masuk universiti ini, saya juga masih seorang Mahasiswa, menempuh tahun-tahun akhir pengajian di universiti tempatan. Semoga bermanfaat perkongsian ini.

So berdasarkan pengalaman & perkongsian, inilah 41 tips untuk korang adik-adik yang baru nak masuk Universiti!

  1. Jangan tinggal solat terutamanya berjemaah. Tak guna berjaya tapi tak solat. Malaikat kat kubur tak tanya CGPA korang berapa.
  2. Surau masjid tu pi la. Hang ingat bina semua tu untuk hias universiti ka?
  3. It takes a big heart to shape little minds, so nawaitu pergi kelas tiap hari kena betul.
  4. Iron baju yang kau nak pakai untuk seminggu siap-siap. Kalau bangun lambat pun, kau tinggal sarung je.
  5. Jangan bercinta dengan abang fasi. Awak tu junior ke berapa dah kena bg harapan palsu. Sabar abang-abang handsome yg lain tengah cuti.
  6. Kalau sakit, tak sihat, jangan simpan dan pendam. Bagi tahu dekat Pembantu Mahasiswa atau Orientation Coucil (OC).
  7. Be good to your lecturers, might make your life a bit easier in university.
  8. Junior jangan buat stail, jangan conquer court futsal.
  9. Dapat je assignment. Group whatsapp. Delegate tugas. Buat terus. Compile. Go through thoroughly. Submit. Jangan tangguh kerja!
  10. Kalau boleh sign tangan tu jangan rumit. Nanti kau nak skip kelas sebab ada hal senang untuk orang sign kan.
  11. Dpt baucer buku, terus cari kedai yang jual printer. Canon pixma IP2770 tank luar pun jadi lah. You’ll thank me later.
  12. Bina circle of friend dari pelbagai kulliyyah/fakulti. Agak-agak lepas tepu keluar dari bilik kuliah ada la geng untuk bergosip & diskus isu semasa merentas bidang korang.
  13. Jika korang terdengar jeritan menyeramkan seperti orang kena rasuk, jangan risau. Itu hanya housemate korang yg sedang letih buat assignment.
  14. Jangan friend dengan lecturer dalam laman sosial. Kau grad nanti baru add dia.
  15. Masuk universiti jangan terlalu ghairah berpersatuan. Asal dapat belajar macamana nak organize program secara formal, propagate idealisme kau cukup dah. Cukuplah jawatan sebagai alat, bukan matlamat. Selebihnya spend masa pada niche area sendiri dan ambil peluang meneroka displin ilmu yang lain secara profound (falsafah, ilmu agama, ekonomi etc).
  16. Kalau program-program kat universiti korang tak berapa mencabar minda dan membina kematangan macam buat donat terbesar, kuih terpanjang, jangan lokek duit dan malas untuk keluar cari ilmu dalam program seperti talk/forum/seminar/kelas-kelas di luar universiti.
  17. Hafal nama lecturer awal-awal, nanti time exam senang nak tulis, kalau tak kena potong markah.
  18. Jangan pikir kau tu Rancho Chanchad 3 idiot. Tak study pun result meletop. Jangan pulak jadi Chatur yang nak kejar pointer main hafal ja. Useless.
  19. Bangun check dulu phone baru siap pi kelas. Kalau madam/sir whatsapp kelas cancel, kaulah manusia paling bahagia.
  20. Ada soalan lagi susah daripada final exam. So kau kena pandai jawab bila member tanya : “Nak makan kat mana?”
  21. Handphone ada bukan suruh korang texting time pesyarah mengajar. Hormat sikit.
  22. Like Facebook page confession jika ada.
  23. Kalau ada member tak berapa rapat ajak makan, confirm MLM.
  24. Kalau body berisi, kemudian ada awek asyik tersenyum je kat kau, tu mesti nak jual herbal life.
  25. Jangan fikir adengan buku jatuh kena langgar dengan crush akan berlaku. Kena langgar dengan student sebab rebut bas adala.
  26. Jangan main-main dengan carry marks. They play big part in your pointer.
  27. Well, jemaah bukanlah tempat yang buruk seperti yang dimomokkan. Aku sendiri banyak belajar dari jemaah Islam. Masuk jemaah bukan hanya untuk menerima, tapi juga untuk memberi. Aku budak jemaah dan aku ok. Mana yang baik dan bermanfaat kau ikut, yang mengarut dan buang masa kau persoal atau abaikan. Diri sendiri yang redha kena doktrin siapa suruh. Oh btw, doktrinisasi berlaku di mana-mana. Tinggal kau sendiri kena bijak sikit untuk tapis melalui pembacaan & pergaulan yang luas.
  28. Berkawan tu biaq seimbang dengan cantik sikit huduh sikit. Jangan nak berkawan dengan geng-geng hot ja. Pasai hg pun bukan cantik sangat.
  29. Jangan sesekali bercinta dengan classmates. Nanti break, baru korang tahu azabnya.
  30. Call parent korang. Bukan time xde duit baru nak call parent. Jangan gatai top up girlfriends.
  31. Jangan percaya dengan ayat member, “Weh aku tak study lagi”.
  32. Jangan buang masa jadi macai politikus/parti atau mana-mana figura. Focus on your personal development, tapi jangan lupa contribute something untuk orang sekeliling & masyarakat.
  33. Berkawan dengan semua orang. Tak payah nak rasa ahli syurga sangat. Yang belajar bidang agama ni terlebih lagi la aku nak suruh keluar dari circle korang. Lain orang lain struggle.
  34. Yang masih tak nampak hala tuju hidup lagi banyakkan berdamping dengan ahli akademik dan ilmuwan. Minta nasihat dan pandangan dari mereka.
  35. Sebab polisi & keputusan-keputusan universiti kita ni hanya akur kepada market dan pemodal, aku tak rasa worth untuk kita selalu cabar dan risk masa depan. Tapi kalau pentadbiran universiti tu jadong sangat, kau lawanla sikit.
  36. Kalau silibus dan perbincangan usrah korang masih lagi level ‘Usrah Badar’, aktiviti pun lebih banyak ‘ukhuwwah geli-geli’, tak perlu fikir panjang untuk angkat kaki.
  37. Eloklah ‘repress’ dulu rasa gatal tu dari tahun 1. Bercinta ni komitmen. Tapi kalau dah tahun akhir takda yang nak lagi, kau pergila consult dari kawan-kawan yang boleh jadi personal stylist.
  38. Jangan jadi pelajar 3K. Kafe, kuliah, katil. Belajar di kuliah tu teori. Turun padang dan bersosial itu praktikal.
  39. Bila sudah senior nanti, jadi la senior yg super-duper sporting utk junior korang. Payung la nota-nota tu.
  40. Kalau kau tu dress up macam org agama, minta jaga imej baik-baik, sebab kalau kau slack skit, bukan nama kau yang kena, Islam juga yang kena. Reminder.
  41. Korang Jaga Allah, Allah jaga korang. Simple.

#TipsMasukU ni berlambak. So korang kena bijak sikit saring & pilih. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Nasihat saya, sementara muda, kuat, sihat & punya masa lapang, belum disibukkan dengan komitmen lain, perguna sebaiknya untuk menuntut ilmu. Hidup ini sekali sahaja, banyakkan memberi, sangka baik, maafkan lain, kongsi manfaat, kongsi khidmat, itu erti hidup pada memberi. Semoga Allah redha, terima amal kita.

Terakhir, selamat menuntut ilmu! Selamat menempuh alam universiti dengan jayanya!

Most Popular

To Top