Pendidikan

7 Perkara Yang Guru Baru Posting Perlu Tahu

guru_baru_posting

Tanggungjawab dan bebanan sebagai guru pada zaman sekarang telah bertambah. Tidak seperti dahulu guru ke sekolah hanya sebagai pengajar sahaja.

Pekerjaan merupakan titik permulaan kehidupan di dalam hidup seseorang. Setelah berhempas pulas menghabiskan sisa hidup di alam perjuangan persekolahan dan universiti, tibalah masanya untuk mengecapi nikmat dan ujian rintangan di dalam sepak terajang dunia realiti. Hanya ketahanan, strategi dan kaedah yang berhikmah dapat memberikan kelonggaran kepada tekanan pada permulaan alam pekerjaan.

Bidang perguruan merupakan bidang yang penuh dengan onak dan duri sejak kebelakangan ini. Tempoh 5 tahun berada di Institut Pendidikan Guru atau universiti belum cukup menyamai dengan suasana pekerjaan yang realiti sebagai seorang guru. Sewaktu di dalam latihan kita di suap, di sediakan dan dibantu oleh pensyarah. Ketika praktikum kita di tatang oleh guru sekolah malah setelah praktikum tamat selama 6 bulan jayanya kita sebagai guru pelatih di hujani dengan kad dan hadiah yang istimewa oleh murid-murid khususnya. Sehinggakan kereta kita yang kita pinjam dari ayah tidak muat bonetnya. Waktu itu kita sangkakan, wah indahnya sebagai seorang guru.

Realiti guru kini memerlukan persediaan dari sudut jasmani, emosi, rohani dan sosial. Tanggungjawab dan bebanan sebagai guru pada zaman sekarang telah bertambah. Tidak seperti dahulu guru ke sekolah hanya sebagai pengajar sahaja. Kini gurulah kerani, jurutera, tukang kebun, dan banyak lagi tugas yang diluar kerangka sebagai seorang guru.

Penulis merupakan seorang guru. Walaupun telah 4 tahun di dalam bidang pendidikan ini, namun banyak lagi yang perlu dipelajari selok belok dalam dunia pendidikan. Mungkin ini sedikit perkongsian langkah langkah yang boleh di ambil oleh guru novice atau guru yang baru sahaja mendapat tempat posting.

Cara penyesuaian di sekolah baru :

1. Doa dan buat amal kebajikan pada ahli keluarga

Ini sebagai tanda bersyukur kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang pendidik. Berdoa pada Allah agar segalanya dipermudahkan sebagai perjuangan sebagai seorang guru.

2. Apabila mendapat tahu nama sekolah, guru baru hendaklah buat sedikit research, latar belakang sekolah yang diterima

Adakah terletak di bandar, kampung, pinggir bandar atau pendalaman. Mungkin juga sekolah itu jenis kebangsaan cina atau tamil atau juga sekolah orang asli. Mengapa penting kita tahu kedudukan sekolah baru ?. secara tidak langsung kita dapat meneka cara berfikir masyarakat di situ dan bagaimana tahap keupayaan murid. Ini semua sebagai penyediaan mental kita apabila kita mula mengajar.

3. Tahu gred atau pencapaian sekolah

Ada di antara guru novice mendapat sekolah berprestij tinggi, sekolah cluster atau sekolah sekolah yang ada nama yang gah. Guru baru posting ini wajib tahu apa pencapaian sekolah yang akan mereka duduki. Pengetahuan ini sedikit sebanyak dapat mengetahui cara bekerja rakan rakan guru di sekolah yang akan kita duduki. Dari sini kita akan set mindkan otak kita untuk bekerja cara mereka.

4. Datang awal pada hari lapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah

Walaupun ini bukan sekolah tempat kita mengajar namun ini adalah indikator kepada diri kita sejauh mana intergriti kita di dalam bidang pendidikan. Hubungan networking dengan guru guru baru yang lain juga dapat dilakukan.

5. Datang awal ke sekolah yang telah ditetapkan

Setiap sekolah ada waktu permulaan pembelajarannya. Sebaiknya guru novice datang sebelum waktu loceng pertama. Lagi cantik datang sebelum guru besar datang. Impaknya ialah memberi perspektif yang baik pada pandangan mata guru besar dan guru-guru lain. Selain itu dengan kedatangan awal guru baru posting ini kita dapat berborak dan berkenalan dengan guru besar. Masa inilah kita nak tackle dan mengoratnya.

6. Banyakkan berkomunikasi dengan rakan guru

Murahkan senyuman, ringankan mulut. Komunikasi yang kerap akan membuatkan kita semakin selesa dengan rakan rakan guru di sekolah. Bahasakan diri saya dan abang atau kakak bagi mereka yang senior dari kita. Permulaan ini pasti kejanggalan akan muncul sedikit. Tetapi bila keintiman sesame rakan sekerja telah ada di situ akan muncul nilai kekeluargaan. Maka mohon izin jika hendak menggunakan kau, aku, awak, saya janji tak Nampak kuarang ajarnya.

7. Selalu bertanya

Jangan senyap bila kita tidak tahu sesuatu perkara. Jangan malu mengaku kelemahan dan kesilapan. Bila kita banyak tanya maka kita akan banyak belajar sesuatu yang baru. Malu bertanya sesat jalan.

Semoga sedikit perkongsian ini dapatlah memberi tunjuk ajar agar guru-guru yang baru posting dapat menyesuaikan diri dengan dunia pendidikan di sekolah. Jadikan setiap langkah anda adalah hari-hari yang positif. Bila anda membawa aura positif maka perkara positif akan datang pada anda.

Akan datang penulis akan kongsikan pada guru baru posting tentang apa yang perlu anda tahu sebelum masuk kelas untuk mengajar

SELAMAT MENJADI CIKGU!

Most Popular

To Top