Gaya Hidup

Nasihat Kepada Pejuang Hak Asasi Ketum

daun-ketum-air

Satu masa dulu semua orang hisap rokok. Dalam pejabat orang hisap. Dalam kapal terbang. Dalam kedai. Tua muda tak kira bangsa semua merokok.

Satu masa dulu semua orang hisap rokok. Dalam pejabat orang hisap. Dalam kapal terbang. Dalam kedai. Tua muda tak kira bangsa semua merokok.

Hisap rokok dahulu lambang jiwa yang kool. Lambang seorang yang berfikiran moden dan terbuka. Menunjukkan seorang itu mengikuti stail dan peredaran masa. Juga sebagai ubat penenang jiwa. Pencetus idea sewaktu sugul.

Rokok sangat mudah nak dapat. Sudahlah murah, boleh beli pakai batang pula. Kadang-kadang bukan perlu beli pun. Pergi menolong di kenduri kahwin dapat upah rokok. Kadang-kadang pergi marhaban pun dapat rokok ‘berkat’.

Kenapa sekarang tak lagi macam dulu? Nak merokok pun kena pilih tempat. Silap tempat pasti kena jeling. Nasib tak baik kena saman.

Orang yang merokok tidak lagi dipandang hebat dan kool. Orang pandang dengan perasaan marah, geram dan kesian kepada perokok.

Yang terganggu dengan asap akan marah. Isteri yang tidak dibelikan hadiah akan geram melihat suami membeli rokok.

Yang lebih berfalsafah sikit akan pandang perokok dengan rasa kasihan. Kasihan, mereka sedang sakit. Dijangkiti penyakit ketagihan yang dicari sendiri.

Jadi disediakanlah pusat pusat rawatan untuk penagih rokok. Diberikan subsidi dan bantuan ubat-ubatan. Sesi kaunseling dengan petugas yang bukan calang-calang.

Semua orang dah sedar yang rokok itu buruk. Rokok itu bahaya. Rokok tiada guna. Pembawa penyakit.

Salah kita adalah menganggap rokok itu tiada mudarat sewaktu mula mula ia meresap ke dalam budaya masyarakat Malaysia. Salah yang amat besar. Terlalu mudah dan luas ruang yang diberikan untuk rokok.

Sekarang kita juga yang perlu membayar harganya. Membayar harga rawatan ketagihan. Membayar kos kos rawatan kanser yang disebabkan rokok. Menanggung perbelanjaan ubat ubat untuk penyakit jantung dan paru paru.

Kadang-kadang pelik dengan manusia. Gah mengagungkan sejarah bangsa. Tapi amat sedikit yang ingin belajar dari sejarah.

Silalah perjuangkan hak anda untuk mengharuskan ketum. Alang-alang, usah berhenti pada ketum. Ganja, popi, semuanya berhak diperjuangkan.

Dan tunggulah 20-30 tahun lagi. Kita sama-sama rawat mereka-mereka yang ketagihan. Kita bayar harga yang sama sepertimana kesilapan kita dengan rokok satu masa dahulu.

Most Popular

To Top