Advertorial

Regional Youth Convention mendedahkan belia guna media sosial untuk dakwah

Program ini bertujuan untuk mengenali generasi media baharu, mendalami teknik dan strategi menyampaikan dakwah di zaman IT dan media sosial di samping memanfaatkan untuk bersosial bersama rakan-rakan dan keluarga.

Regional Youth Convention (RYC) 2016 merupakan sebuah program anjuran WAMY (World Assembly of Muslim Youth) di peringkat rantau Asia Tenggara. Selain penyertaan dari Malaysia, terdapat juga penyertaan dari seluruh dunia termasuklah dari Arab Saudi, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura dan lain-lain negara.

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan para peserta dan aktivis dalam dan luar negara, untuk mengenali generasi media baharu, mendalami teknik dan strategi menyampaikan dakwah di zaman IT dan media sosial di samping memanfaatkan untuk bersosial bersama rakan-rakan dan keluarga.

Program selama 2 hari ini akan berlangsung pada 10 dan 11 November 2016 di Hotel Bangi-Putrajaya. Antara pengisian yang menarik ialah perkongsian dari individu yang berpengalaman dalam bidang media cetak dan elektronik, pertandingan penyediaan kertas kerja bertemakan ‘Dakwah Digital’, forum bersama panelis yang terkenal serta perbincangan dalam membentuk komuniti digital media beraspirasikan dakwah.

Melalui program ini, para pemimpin belia, badan-badan bukan kerajaan (NGO) belia dan NGO Islam akan berpeluang untuk bertemu dan mendapatkan pelbagai input dalam usaha memanfaatkan teknologi internet, media sosial untuk kegunaan dakwah.

Antara tokoh yang akan hadir dalam RYC 2016 ialah Jufitri Joha, Timbalan Presiden, Majlis Belia Malaysia, Mizz Nina, selebriti dan pengacara, Shakirah Abdul Karim, CEO Minda Trafik dan Majid bin Jafar Al-Ghamidie dari Saudi Broadcasting Cooperation.

WAMY merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada masyarakat.

Yuran pendaftaran sebanyak RM110 dikenakan untuk umum. Sementara untuk kategori pelajar akan mendapat diskaun sebanyak RM10. Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, sila layari laman web RYC di alamat http://regionalyouthconvention.com/

Most Popular

To Top