Isu Semasa

Forum anti Bersih dihadiri peserta Bersih

forum-anti-bersih

Bersih 5 yang dianjurkan dengan jayanya pada 19 November lalu ternyata menarik minat banyak pihak untuk memberi pandangan dan kritikan mereka sendiri, samada yang berpandangan positif ataupun negatif, setiap pandangan adalah layak untuk diraikan secara adil.

Forum pertama yang diadakan pasca himpunan Bersih telah diadakan semalam, membawa tajuk “Bersih: Agenda Siapa”, forum ini dianjurkan oleh sebuah gerakan politik bergelar Arus Baru. Forum ini dikendalikan oleh Dr. Irfan Salmi dan membawa dua panelis dari ISMA iaitu Ustaz Syamil Mohd Isa (Ahli Majlis Ulama Isma) dan Saudara Luqman Al-Hakim (Ketua Pemuda Isma).

Forum berjalan baik dengan kritikan kritikan bertalu talu kedua ahli panelis terhadap Bersih dan tiada apa yang baru melainkan sekadar hujah hujah tanpa fakta yang konkrit sebaliknya banyak memainkan persepsi dan tanggapan sahaja, kritikan mereka juga berakhir tanpa solusi yang diyakini.

Apa yang menarik dalam forum ini adalah, ia turut dihadiri oleh seorang peserta Bersih 5 saudara Qayyim Hafidzi, berpakaian baju rasmi Bersih beliau hadir ke forum anti Bersih tersebut dan mendengar setiap hujah dan dakwaan dakwaan panelis tanpa menimbulkan sebarang bantahan mahupun provokasi.

Saudara Qayyim kemudiannya memberi “sudut pandang” beliau sendiri berkenaan dakwaan dakwaan panelis terhadap Bersih di halaman Facebook beliau, menurut Saudara Qayyim idea perjuangan pembersihan sistem negara yang dikemukakan oleh panelis adalah terlalu ideal, hujah yang bertentangan antara hujah yang lain serta tidak konsisten.

Beliau menolak pandangan panelis yang mahukan gerakan massa perlu dipimpin oleh islamis dengan agenda dan dasar islam yang jelas kerana menurut beliau ia terlalu ideal dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Beliau juga secara sinis menolak pandangan panelis yang mendakwa perubahan tidak boleh diharapkan dengan sekadar demontrasi tetapi memerlukan usaha yang panjang, Qayyim sinis menjawab kerana itulah Bersih diadakan buat kali kelima.

Panelis turut mendakwa jumlah peserta demonstran bersih 5 tidak mewakili suara majoriti rakyat dengan jumlah kehadiran 40k berbanding 31 juta rakyat malaysia.

Respon Qayyim , dengan halangan syarikat, ugutan keatas penjawat awam, ancaman keselamatan baju merah, penangkapan pimpinan; 40k anggaran mkini adalah jumlah yg besar. Beliau kemudiannya persoalkan beerapakah jumlah idealnya baru disebut sebagai mewakili suara rakyat?

Beliau turut menempelak kenyataan panelis yang mendakwa Bersih bukan sebagai platform dakwah kerana menurut Qayyim, Platform apa lagi yang ada boleh mengumpulkan semua lapisan masyarakat yang boleh kita usahakan pendedahan terhadap nilai nilai islam?

Dakwaan Tuntutan bersih tidak konsisten. Berubah ikut suasana politik seperti mengambil kesempatan turut dijawab beliau bahawa Perjuangan yang diakui panjang, perlukan reform satu persatu dan berubah tuntutannya sesuai ikut politik semasa bagi mengoptimumkan impak perubahan yg ingin dicapai.

Dakwaan panelis bahawa banyak negara yang hancur akibat demontrasi yang dibiayai pihak luar menurut beliau perlulah disertakan dengan jumlah dan peratus sebelum mendakwa ia satu ancaman kepada negara.

Beberapa dakwaan dan soalan peserta juga tidak dijawab dengan solid sebaliknya memberi cadangan bersifat utopia dan syok sendiri, namun begitu, sekalung tahniah boleh diucapkan kepada Arus Baru kerana berani menampilkan orang muda sebagai panelis untuk berbicara soal isu yang besar dan semasa, juga tahniah kepada Saudara Qayyim yang terbuka untuk hadir ke program yang ternyata tidak menepati idealogi beliau.

Budaya untuk saling terbuka, memberi dan menerima mewujudan idea yang berbeza wajar diamalkan dalam politik baru sekaligus meninggalkan budaya label melabel dan maki hamun.

Most Popular

To Top