Ekonomi

“Angry Young Man” di Malaysia

angry-men

Tahun baru 2017 memulakan minggu pertamanya dengan jangkaan kos sara hidup akan terus meningkat menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Rakyat Malaysia amnya dan golongan muda khasnya yang paling terkesan dengan keadaan semasa ini.

1. Firma Peyelidikan Nomura Research mnejangkakan kadar inflasi Malaysia bakal melonjak setinggi 2.8% berbanding peningkatan purata 2.1% pada 10 bulan pertama 2016. Ringgit Malaysia yang lemah serta harga makanan yang semakin mahal menyebabkan perbelanjaan pengguna akan berkurangan ekoran barang diimport menjadi lebih mahal sekaligus menaikkan inflasi. Tidak dapat dinafikan ia didorong terutamanya daripada kesan asas harga bahan api.

2. Ahli Ekonomi UOB Malaysia menjangkakan nilai ringgit akan berlegar-legar pada paras RM4.50 bagi setiap dolar Amerika Syarikat pada tahun 2017. PublicInvest Research pula dalam nota strategi pada 16 Disember tahun lalu berkata, ringgit mampu pulih secara purata antara RM4.10 dan RM4.15 berbanding dolar pada tahun 2017.

3. Lebih memburukkan keadaan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang akan diberhentikan pada tahun ini akan terus meningkat antara 45,000 orang hingga 50,000 orang terutamanya dalam sektor kewangan, insurans, pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan yang merosot. Kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat juga dijangka menurun. Kadar kenaikan gaji bagi bukan eksekutif hanya sebanyak 5.43% berbanding 5.51% pada 2016. Bagi gaji eksekutif pula, kadar kenaikan sebanyak 5.55% pada 2016 dijangka menurun kepada 5.3% sahaja pada tahun ini.

4. Menurut seorang Professor Madya dari USM dalam kajiannya, dipetik berkata, golongan berpendapatan sederhana secara amnya adalah 40% lebih miskin berbanding keadaan mereka pada tahun 2015. Penarikan balik subsidi minyak dan gula, kejatuhan nilai ringgit adalah antara faktor yang telah mengganggu “the chain reaction” bagi golongan kelas pertengahan ini.

Berdasarkan 4 fakta yang dikemukan diatas, tidak dapat dinafikan golongan yang paling terjejas pastinya golongan muda. Despite all the obstacles that Gen Ys will inevitably face, they will persevere and learn how to swim in the deep end of the pool, smiling, no less.

Most Popular

To Top