Politik

Larangan sebaran Rang Daftar Pemilih Tambahan kepada parti politik buka ruang penipuan

pameran-rang-daftar-pemilih

Biro Pilihan Raya Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan kenyataan larangan terbaru SPR berkenaan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (Buku dan Cekera Padat) kepada parti politik bertarikh 18 April 2017.

Rang Daftar Tambahan mengandungi senarai pengundi baru, pengundi pindah, pelupusan nama pemilih yang sudah meninggal dan beberapa maklumat penting lain berkait pemilih. Senarai ini sebelum ini dipamerkan setiap 3 bulan.

Senarai ini membantu parti politik mengenalpasti samada nama yang disenaraikan benar benar wujud, dan sekiranya terdapat keraguan pada nama dan senarai tersebut, bantahan boleh dibuat kepada SPR. Kegagalan memperoleh senarai ini akan menutup ruang kepada parti politik untuk menyemak dilapangan jika nama yang disenaraikan benar benar wujud.

Kelompangan ini akan membuka ruang penipuan pilihan raya dimana pemilih yang tidak sah (pengundi hantu) akan menjadi pengundi sah apabila senarai itu diwartakan.

Biro Pilihanraya Pemuda AMANAH Terengganu mendesak larangan ini ditarik balik dan kembalikan hak setiap parti politik untuk peroleh senarai nama melalui Rang Daftar Tambahan (Buku dan Cakera Padat) bagi memastikan tiada kelompangan yang boleh menjurus kepada penipuan pilihan raya.

Most Popular

To Top