Isu Semasa

Taksub? (Siri 1)

taksub

Secara umumnya , sikap berlebih lebihan atau melampau dalam sesuatu perkara yang dilakukan sememanya tidak memberiikan natijah yang baik kepada diri dan masyarakat. Sikap taksub ini juga tidak langsung memberikan kebaikan kepada para pelakunya. Sikap ini juga dilarang oleh syariat kerana ianya tidak memberi impak ke dalam urusan agama hatta urusan dunia yang lain. Maka , bersikap secara sederhana dan wasatiyyah ( pertengahan ) dalam menjalani segala kehidupan kita yang fana ini. Sikap yang berlebihan hanya akan mematikan akal sehat kita dalam melakukan suatu hal, wajarlah dalam bersikap dan bijak dalam bertindak. Ia juga mematikan penggunaan akal kita secara rasional dan berfikir dengan kadar yang tenteram .

Di Malaysia , fenomena ini sememangnya menjadi suatu topik dan perbualan antara golongan akademik , golongan agamawan dan juga golongan politik. Ia seolah olah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan sejak kebelakangan ini. Media juga memainkan peranan mereka dengan penuh bergaya dalam menyemai dan menyemarakkan perbalahan yang berlaku di negara kita namun tidak kurangnya manusia manusia yang jahil tetapi mahu berbicara berkenaan suatu isu yang diketengahkan. Fenemona ini benar benar mencetuskan suatu demografi masyarakat yang mudah melabel , pembunuhan karakter dan lain2.

Justeru itu , Mari kita menelusuri makna taksub ini secara mendalam.

Apa itu Taksub? Atau dengan kata lain fanatik adalah kepercayaan terhadap sesuatu atau seseorang yang berlebihan. Maknanya mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1561 bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik. Taksub mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh ( walau kita pandai ) dan mampu membawa kita kemana saja arah yang diarahkan oleh mereka yang kita taksub itu, sebabnya akal dan fikiran kita sudah dipandu arahkan

Selain itu , Kamus Al-Mujid mendefinisikan makna taksub ini sebagai “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak”. Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan “taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.”

Saya sendiri melihat sikap ini sememangnya memberi suatu implikasi yang sangat besar kepada masyarakat sekiranya sikap ini diamalkan dan dibangga banggakan oleh sesebuah masyarakat.Kita akan melihat bahwa suatu kebenaran itu hanyalah terletak pada suatu kelompok sahaja , kita akan melihat sikap kekerasan akan berlaku sekiranya ada segolongan daripada kita berbeza pendapat dengan kita walaupun ianya hanya perkara yang remeh dan budaya merasakan dirinya bagus dan berkualiti dengan menafikan sumbangan2 orang lain dalam menghasilkan sesuatu perkara.

Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Dalam sejarah Islam itu sendiri telah memperlihatkan kesan daripada sifat taasub. Pada hari ini umat islam juga telah berpecah belah dengan begitu kronik akibat daripada sikap mereka sendiri yang begitu taasub.

Allah memberi ingatan dalam firmannya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan agamanya dan menjadi beberapa golongan yang bercerai-berai, tiadalah engkau ikut serta dengan mereka sedikit pun. Urusan mereka hanya (terserah) kepada Allah, nanti Allah akan memberitakan kepada mereka apa-apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’am 159).

Allah taala mengurniakan akal untuk kita berfikir dan menilai sesuatu dengan melihat kadar keseluruhannya secara teliti bukannya menerima sesuatu pendapat atau suruhan secara membabi buta. Hendaklah kita bijak dalam melakukan sesuatu . Misalnya , untuk melihat tokoh, lihatlah tokoh itu secara menyeluruh dan realistik, sesuai dengan kenyataan. Jika memang dia salah , jangan diikuti dan jika memang ia pada jalan yang benar, kita boleh mengikutinya. Pakailah akal yang sehat ini dan berfikiran jernih dalam menilai sesuatu, agar tidak terjebak dalam lubang yang salah. Hal tersebut hanya akan menyesatkan akal fikiran kita.

Moga sama sama kita mendapat manfaat !
Nantikan artikel siri kedua yang lebih menyengat dan segar dalam kita membincangkan perihal taksub ini.

Most Popular

To Top